Demam campak ialah penyakit yang sangat mudah menjangkiti bayi yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada bayi disebabkan virus measles. Bayi yang diserang demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Petanda Awal Demam Campak
- Bayi yang mengalami demam campak biasanya meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah.
- Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut bayi.
- Biasanya bayi akan kerap menangis dan merengek kerana mereka tidak selesa.
Tindakan & Rawatan
- Pada peringkat awal suhu badan bayi meningkat, cirit-birit dan muntah.
- Jika suhu badan bayi terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan.
- Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.
- Bawa anak berjumpa doktor.
- Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Berikan bayi anda minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian.
- Pastikan suhu badan turun dengan sentiasa lap badan anak dengan air sejuk.
- Pakaikan dia pakaian yang nipis.
- Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.
- Demam campak boleh dicegah dengan suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
Tips Lain Merawat Bayi Demam Campak
- Jangan pakaikan bayi anda baju, ini untuk mengelakkan bayi anda berasa panas dan gatal.
- Jika bayi anda masih menyusu badan, anda disarankan untuk tidak mengambil makanan laut.
- Kerap tukarkan lampin bayi, kerana kencing bayi boleh menyebabkan ruam bertambah gatal,
- Cuba berikan bayi anda sedikit air kelapa. Air kelapa dipercayai mampu mengurangkan keradangan ruam dan menurunkan suhu badan
0 Comments