6 Petua Lebatkan Rambut Bayi Anda


Ada bayi yang lahir dengan rambut lebat dan hitam. Ada pula yang lahir rambut nipis dan sedikit. Biasanya lepas lahir, bayi akan dicukurkan rambutnya sehingga botak dan kebiasaannya dalam tempoh sebulan rambut barunya akan tumbuh semula.

Tetapi ada juga yang jenis lambat tumbuh rambut, sampai ulang tahun pertama masih lagi berambut nipis dan halus. Kalau anak lelaki, mungkin kita tak kisah tapi kalau anak perempuan, ibu pun mulalah risau sebab tak boleh hendak hias rambut anak dengan reben dan hairband.

Mungkin boleh guna salah satu petua berikut untuk lebatkan rambut bayi anda. Mana tahu ada yang sesuai.

1. Buah keras
  • Goreng buah keras tanpa minyak sehingga minyaknya keluar sendiri. 
  • Kemudian tumbuk buah keras dan sapukan pada rambut bayi. 
  • Biarkan beberapa saat supaya minyak buah keras meresap ke dalam kulit kepala bayi.
  • Kemudian bilas rambut anak dengan air bersih. 
  • Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

2. Minyak zaitun
  • Minyak zaitun juga dapat membantu menghitam dan melebatkan rambut anak.

3. Kacang hijau
  • Kacang hijau merupakan makanan sumber protein yang sangat baik bagi tubuh. 
  • Untuk melebatkan dan menghitamkan rambut pada anak, caranya rebus kacang hijau dan berikan pada bayi sebagai minuman (sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas sahaja).
  • Minuman kacang hijau ini juga sangat baik untuk membantu pertumbuhan rambut bayi dan menghaluskan kulitnya.

4. Madu
  • Madu kaya akan kandungan nutrisi yang sangat bermanfaat kepada badan. 
  • Anda boleh memberikan madu kepada anak-anak sebagai salah satu menjaga sistem kekebalan badannya. 
  • Selain itu, madu juga dapat digunakan untuk menebalkan serta menghitamkan rambut pada anak-anak.
  • Caranya sapukan madu pada rambut dan kulit kepala anak dan biarkan selama 15 minit.
  • Setelah itu bilas rambut anak dengan syampu dan air bersih supaya hilang lekit madu.

5. Air kelapa
  • Kita sedia maklum tentang kebaikan air kelapa untuk kesihatan tubuh badan. 
  • Kandungan antioksidan pada air kelapa mampu menjadikan badan lebih sihat dan mencegah pelbagai penyakit. 
  • Selain itu, air kelapa juga bagus untuk rambut.
  • Gunakan air kelapa untuk mencuci rambut dan kulit kepala anak anda. 
  • Lakukan secara rutin setiap pagi dan petang. 
  • Hasilnya rambut anak akan lebih hitam dan lebat.

6. Lidah buaya
  • Lidah buaya sememangnya tidak asing digunakan untuk merawat rambut supaya lebih lebat dan hitam berkilau. 
  • Gunakan gel lidah buaya pada rambut dan kulit kepala anak. 
  • Sapukan setiap hari di rambut anak anda, kemudian bilas dengan air dan syampu. 
  • Cara ini cukup efektif untuk menyuburkan dan menghitamkan rambut anak.
  • Semoga petua berikut membantu untuk melebatkan rambut si comel anda.

Comments