Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Teknik Rawatan Percussion Sebenar Untuk Bayi Selsema


Hari ini saya hendak berkongsi tips dan rawatan untuk selesema dan batuk berkahak bayi. Rawatan ini dinamakan rawatan percussion. Semoga dengan penulisan saya kali ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk merawat anak dengan cara semulajadi. Ok, let’s start…

1. Tuang beberapa titis minyak kayu putih ke dalam besen bersih. Saya gunakan minyak kayu putih seperti gambar pertama. Tuangkan air panas menggelegak ke dalam besen berisi minyak tadi.


2. Wapkan wajah anak anda dalam keadaan meniarap. Sila rujuk gambar kedua. Tujuannya untuk anak sedut wap tu. (Nota penting: Mohon jaga tangan anak anda, takut termasuk dalam air panas.)


3. Tepuk-tepuk belakang, kiri dan kanan anak. Jangan tepuk di tengah-tengah. Guna teknik cupping semasa menepuk. Sila rujuk gambar ketiga.
(Nota: Masa ini anak akan meronta minta dilepaskan. Dia akan menjerit sekuat hati. Memang kesian tengok anak meronta dan menangis tetapi kita mahu keluarkan kahak dia. Ibu-ibu hati mesti kental ye.)

4. Selepas 5 hingga 10 minit, akan keluar lendir kahak dari hidung si manja. Rujuk gambar keempat, kelima dan keenam. Sampai berbelon-belon keluar daripada hidung Khayla. Itulah hasil kekentalan hati kita untuk keluarkan kahak daripada hidung dia.


5. Selepas siap, buang lendir kahak daripada hidung anak. Selalu selepas buang, saya akan sedut lebihan hingus dalam hidung Khayla. Selepas itu, sapukan minyak bawang putih di tapak kaki dan belakang badan anak. Semasa itu pernafasan dia pun sudah lega sedikit dan muka tersenyum. Upah anak dengan susu, kerapkan susu badan bagi ibu yg masih menyusu badan.


Selamat mencuba.
Nota: Tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai G6PD, kerana kemungkinan kehadiran Metyl Salicylate dalam minyak angin atau minyak panas.

Sumber Asal : Vocket

No comments: