Makanan Laut Untuk Kecerdasan Otak Di Manja !


Fakta pemakanan membuktikan makanan laut kaya dengan khasiat yang diperlukan untuk pertumbahan dan perkembangan sihat dan cerdas anak.

Kandungan proteinnya yang tinggi sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka.
Fakta paling menarik apabila dikatakan, dengan makan makanan laut ia boleh meningkatkan kecerdasan anak!
Makanan laut mengandungi :

  • Protein sebanyak 15%, 
  • lemak 15% dan 
  • vitamin mineral 5%, 
  • Ia juga terkenal mengandungi Omega 6, Omega 9 dan asid amino essensial yang boleh membantu perkembangan optima seorang anak.

Makanan yang termasuk dalam kategori makanan laut adalah ikan, udang, sotong, rumpai laut, ketam.  Makanan laut juga baik untuk membantu sistem pencernaan anak.

Oleh itu ibu disarankan memperkenalkan makanan laut kepada anak sejak awal lagi. Kandungan protein yang tinggi dalam makanan laut digunakan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan anak.

Tidak hairanlah jika anak yang gemar makan makanan laut sejak usia kanak-kanak akan memiliki ketinggian badan lebih optima berbanding anak yang tidak makan makanan laut.
Makanan laut juga membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan protein yang dimiliki mudah dihadam.
Selain kandungan protein yang tinggi, makanan laut juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan jantung.
Menurut fakta pemakanan, kandungan lemak tidak tepu yang ada dalam makanan laut tinggi dan boleh mencegah masalah jantung koroner.
Selain daripada itu, fakta menarik yang mesti diketahui iaitu makanan laut mengandungi taurin yang juga terdapat dalam susu ibu.

Taurin diperlukan bayi untuk pertumbuhan sarafnya dan mencerdaskan minda. Kandungan taurin yang tinggi boleh diperoleh daripada kerang dan ketam.

Makanan laut membantu pembentukan otot dan menjaga keseimbangan metabolilsme badan.

Comments