Macam yang semua tahu, kimchi merupakan salah satu menu makan Korea yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan negara ini. Malahan, sudah ada peniaga tempatan yang menghasilkan kimchi dijual di pasaraya-pasaraya.
Khasiat kimchi sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana mengandungi nilai nutrisi yang mencukupi kerana sayuran mentah digunakan dalam pembuatan kimchi. Kaedah penapaian kimchi turut menghasilkan mikrob yang baik untuk tubuh kita.
Selain itu ia turut mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi serta sangat disarankan untuk mereka yang sedang berdiet. Terdapat pelbagai lagi manfaat kimchi ini dan telah dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik.
Namun, jangan sampai salah cara membuatnya, khasiat tak dapat, malahan dapat penyakit pula. Sentiasa utamakan kebersihan setiap bahan yang digunakan.
Bahan-bahan potong:
- Kobis panjang – rendam dengan garam 2 jam dan bilas 3x
- Bawang holland
- Daun bawang
- Lobak putih
- Carrot
Bahan kisar:
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 1 labu
- Halia 1 inci
- Sebiji buah lai atau epal merah – optional
- Udang kering 2 jemput
Bahan perisa:
- Serbuk cili – ikut tahap kepedasan masing-masing
- Garam
- Gula
- Kicap ikan atau kicap sotong – secukup rasa
- Tepung beras dimasak atas api sampai kental
Cara-cara membuatnya:
- Gaul semua bahan di atas dengan sebati.
- Masukkan dalam bekas kegemaran.
- Tinggalkan sikit ruang udara sebab proses penapaian mengeluarkan gas. Risau buka nanti tuppaware meletup.
- Nak cepat makan, letak kat luar dan biarkan proses penapaian selama 2 hingga 3 hari. Lepastu boleh makan. Lepastu masuk peti sejuk.
- Ataupun lepas buat letak je dalam peti sejuk. Harini buat minggu depan makan.
Siap! Memang puas nak makan kimchi tekak melayu ini dengan mi segera atau nasi sambil layan K-drama. Selamat mencuba semua!
Resepi Asal : Ika Ezati
0 Comments