Resepi Biskut Cawan Yang #Supersedap



Bahan-Bahan
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula perang
  • 3 sudu besar gula kastor
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan tepung
  • 5 sudu besar cip coklat
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 cawan kranberi kering
  • Ais krim vanila


Penyediaan:
  1. Cairkan mentega
  2. Campur semua bahan kering dalam mangkuk.
  3. Masukkan telur, mentega cair ke dalam adunan. Pukul.
  4. Tuang adunan ke dalam mug, cawan atau mangkuk kecil.
  5. Masukkan dalam ketuhar pada suhu tinggi selama 2 minit.
  6. Hidang ketika panas dengan ais krim vanila.


Resipi sumbangan Datuk Chef Fazley Yaakob, daripada buku My Sucre Story terbitan MPH.

Comments