Resipi Pancake Pisang Mudah Dibuat Untuk Breakfast Sihat


Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar
  • 2 camca besar gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan


Topping:

  • Pisang
  • Madu atau maple syrup
  • Gula Perang
  • Butter


Cara Penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
  3. Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
  4. Adunan ini menghasilkan 9 – 10 keping pancake.
  5. Untuk topping
    • Panaskan satu sudu besar butter + masukkan 1 sudu besar gula perang. 
    • Cairkan keduanya dan masukkan potongan pisang. 
    • Masak sedikit agar pisang disaluti gula perang. (Jangan dibiarkan hangit) 
    • Enak juga dimasukkan taburan badam cincang.
    • Cadangan lain untuk topping – potong pisang dan tuang maple syrup atau madu.

Comments