KISMIS dan madu merupakan antara makanan sunnah Rasulullah SAW. Selain mengandungi 1001 khasiat, campuran kismis dan madu boleh dibuat jus untuk dinikmati semasa berbuka puasa.

Dengan cara penyediaan yang cukup mudah dan ringkas, apa kata anda cuba resipi ini.

Bahan-bahan:
  • 20 gram kismis 
  • 2 camca besar madu
  • Sedikit air
  • Beberapa ketulan ais


Cara-cara:
  1. Campurkan kismis bersama madu dan beberapa ketulan air ke dalam pengisar. 
  2. Kisar semua bahan tadi.
  3. Tuang ke dalam gelas dan sedia dihidangkan.