1. Kalau masa mengandung jangan dililit tengkuk dengan tuala atau pakai tudung yang jenis melilit tu nanti bersalin takut anak terbelit dgn tali pusat.
  2. Rambut jangan ikat masa nak bersalin, nanti uri terikat, tak boleh keluar habis.
  3. Orang mengandung jangan minum air sejuk nanti boleh membotakkan rambut baby dalam perut sebab dia panas bila masuk ke perut dan terbakar lah rambut baby tu.
  4. Petua orang tua2 tak boleh beri alasan pada orang mengandung dan makan ikan pari masa pregnant nanti anak sumbing.
  5. Orang tua2 kata dalam pantan tak boleh menangis nanti kena angin meroyan. 
  6. Ikat rambut tinggi2 selitkan dengan lengkuas untuk elakkan masuk angin. Kalau masuk angin tu lah puncanya angin meroyan. Macam2 jadinya meroyan ni ade yg gila. 
  7. Masa berpantang terutama yang dlm perjalanan jauh balik kampung, sanggul diikat dan dicucuk paku panjang atau bawa benda tajam (gunting) kalau bwa pisau tak pasal2 boleh jadi kes polis lak. Tujuan untuk elak gangguan syaitan pada baby dan orang berpantang sebab badan 'kotor'.
  8. Dalam berpantang ibu jari kaki diikat ngan sehelai sabut kelapa utk elak bentan kalau tersepak apa2. kalau keguguran (dlm masa 44 hari) tak boleh melintasi atau berhampiran pokok cermai kerana boleh menyebabkan turun darah semula.
  9. Untuk ibu mengandung. Pesan orang tua, jangan makan ulam pegaga takut lekat uri kerana akar pegaga mencengkam bumi. Juga jangan duduk diatas tangga. Jangan jahit tutup terus bantal bayi yang baru di isi kekabu takut nak beranak susah. Pesan orang tua, jangan buat kerja separuh jalan nanti nak beranak pun susah.
  10. Untuk orang tengah mengandung, jangan amalkan makan nasi sejuk. Untuk elakkan kepala baby besar dan jangan suka letak tuala di bahagian leher. Org tua2 kata takut tali pusat anak nanti terbelit.
  11. Orang mengandung jangan merasa maaknan dalam senduk, takut nanti bibir anak jadi cam bibir Negro.
  12. Orang yang mengandung jangan meyapu sampah sekerat2,kalau nak sapu kena teruskan, takut nanti nak bersalin susah, anak nak keluar tersekat2.
  13. Orang megandung tak boleh duduk atas akar pokok, takut bersalin lekat uri.
  14. Masa nak minum jamu, ibu jari kaki kiri kepit ibu jari kaki kanan.. tangan kiri ampu breast, selawat 3 kali then baru minum. Masa berjalan, badan tegak, langkah mesti tersusun dengan teratur, duduk pun kena tertib.
  15. Petua dari mak andam. Jangan rendam/ada air dalam lesung batu. Kena biar kering. Nanti tut-tut berair.
     
Sumber : KakJie