Adakah anak anda mempunyai obsesi atau minat yang mendalam terhadap sesuatu? Ini tandanya anak anda adalah seorang anak yang bijak!
“Anak saya 10 tahun, dan dia obses dengan beberapa perkara. Lebih-lebih lagi dinosaur. Kerana minat yang mendalam, kami bawa dia ke muzium dinosaur dan dia boleh memperbetulkan satu model dinosaur yang dilabel salah.
Saya tak perasan mula-mula, tapi beberapa hari selepas itu, muzium hantar surat mengucapkan terima kasih kepada anak saya. Mereka menyuruh anak saya meneruskan minatnya di dalam paleontologi. Saya sangat bangga dengan anak saya!”
Adakah anak anda mempunyai obesesi dan minat yang mendalam seperti ini? Sebenarnya, ramai kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai minat terhadap dinosaur.
Seperti contoh, kanak-kanak yang minat dengan dinosaur boleh menamakan 10 spesies dinosur dengan betul, makanan mereka dan bagaimana kehidupan mereka dan masa mereka pupus.
Kita pula sebagai dewasa hanya boleh namakan dua dinosaur, tak pun hanya tahu T-Rex saja!
Minat yang mendalam semasa kanak-kanak adalah satu tanda yang bagus
Psikologi telah memberikan nama kepada sikap semula jadi untuk mengetahui dengan lebih mendalam yang ada pada kanak-kanak. Sebagai contoh subjek dinosaur.
Ia dipanggil “intense interests” atau minat yang mendalam: motivasi yang sangat berkuasa dan membuat mereka nak belajar semua yang mereka boleh belajar tentang sesuatu topik.
Kanak-kanak akan mengalami fasa ini semasa mereka dalam linkungan dua ke enam tahun.
Dalam sesetengah kes, minat mendalam ini akan disambung bila mereka dewasa dan kadang-kadang menjadi pekerjaan mereka. Ini adalah orang yang sangat bersungguh-sungguh dengan minat mereka hingga menjadi arah untuk hidup mereka.
Manfaat minat yang mendalam pada kanak-kanak menurut psikologi
Pengkaji pernah mengkaji minat mendalam ini di Universiti Indiana dan Wisconsin. Mereka mengesahkan yang ia sangat bermanfaat untuk perkembangan intelek kanak-kanak.
Antara beberapa manfaat minat yang mendalam pada kanak-kanak ini adalah:
- sangat berpengetahuan tentang topik yang mereka minati
- meningkatkan kebolehan kanak-kanak untuk berkawan
- menajamkan tumpuan mereka
- memperbaiki kemahiran berfikir dan proses maklumat.
- mempunyai kemampuan untuk meningkatkan kebolehan linguistik
Menurut psikologi, bagaimana kanak-kanak meneruskan pembelajaran mereka dan mengkaji minat mereka adalah pantulan kemahiran menyelesaikan masalah.
Kanak-kanak akan bertanya soalan dan mencari jawapan dengan sendiri dan hanya minta bantuan bila mereka perlukan.
Jika anak ada minat mendalam tentang sesuatu, kenapa mereka tak teruskan bila mereka meningkat dewasa?
Psikologi dari Universiti Virginia dan Yale telah menganalisa perkara ini dan mereka menemui yang minat bukan datang atau dipengaruhi oleh ibu bapa.
Saintis menemui, bila kanak-kanak mula belajar di sekolah, mereka:
- kurang masa terluang untuk meneruskan “penyiasatan” mereka
- sekolah memerlukan pengetahuan mereka kepada semua subjek dan semua perlu cepat dan tak begitu mendalam. Kurikulum sekolah juga biasanya tak bersesuaian dengan minat mereka dan memaksa mereka untuk mengetepikan minat mereka.
Cara untuk galakkan anak meneruskan minat mereka
Tak semestinya anda tak ada harapan untuk melihat anak meneruskan minat mereka. Anda boleh menjadi guru mereka di rumah.
Apabila sudah mengetahui manfaat minat yang mendalam terhadap kanak-kanak ini, ibu bapa boleh meneruskannya di rumah. Khususnya, anda perlu pastikan:
Anak anda mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan dan memahami dengan lebih mendalam tentang subjek yang mereka minati
Sokong anak untuk mencari perhubungan di antara minat mereka dan apa-apa pengetahuan yang mereka boleh dapat di sekolah.
Akhir sekali, ini adalah petikan dari Jeff Bezos tentang minat seseorang individu:
“Salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan adalah orang cuba untuk memaksa diri mereka untuk minat pada sesuatu. Anda tak pilih apa yang anda minat; “minat” yang akan pilih anda.”
TheAsianParent
0 Comments