Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Kebaikan Herba Paprika !


Paprika adalah salah satu anggota keluarga besar dari cabai. Maka dari itu ada sedikit rasa pedas ketika makan paprika. Selain bentuk dan rasanya yang unik, paprika juga memiliki banyak khasiat kesihatan yang menakjubkan.

Paprika mempunyai kandungan kalori yang sangat rendah. Meskipun anda menghabiskan secangkir penuh paprika, hanya ada 45 kalori di dalamnya. Dengan jumlah tersebut sudah mampu memberikan anda vitamin A dan C harian yang lengkap.

Kerana kaya akan vitamin C, makan paprika mampu menjaga kesihatan sistem imun dan keremajaan kulit. Di antara warna yang berbeza, paprika merah adalah yang paling banyak mengandung vitamin C.

Paprika yang berwarna merah juga mengandung phytochemical dan beta-carotene yang merupakan antioksidan dan agen anti inflamasi yang baik.

Capsaicin yang terdapat dalam paprika memiliki berbagai khasiat kesihatan. Misalnya menurunkan kolesterol jahat, mengawal diabetes, meredakan nyeri dan inflamasi.

Jika paprika dimasak sebentar di api kecil, rasanya akan lebih manis dan nutrisi flavonoid di dalamnya boleh diperolehi secara maksima.

Kandungan sulfur dalam paprika berperanan dalam memerangi beberapa jenis kanser tertentu.
Paprika kaya akan vitamin E yang mampu menjaga kecantikan serta kesihatan kulit secara alami dari dalam.

Vitamin lain yang terdapat dalam paprika adalah B6. Khasiatnya adalah menjaga sistem saraf dan meregenerasi sel.

Beberapa enzim tertentu dalam paprika, seperti lutein, mampu melindungi mata dari katarak di usia senja.

Itulah berbagai khasiat kesihatan menakjubkan dari paprika. Masukkan paprika dalam menu harian anda mulai sekarang dan dapatkan seluruh khasiatnya pada tubuh.

No comments: