Perjalanan menjadi ibu adalah momen manis bagi seorang wanita, selepas sahaja disahkan mengandung si ibu perlu lebih berhati-hati. Selain tidak melakukan kerja berat atau aktiviti yang boleh meletakkan kandungan anda dalam bahaya, pengambilan makanan juga perlu dititikberatkan.

Jangan gunakan ‘makan untuk dua orang’ sebagai alasan untuk menyuap segala yang terhidang tanpa memikirkan baik buruk pada bayi yang anda kandung. 

Memetik laporan The Guardian menyenaraikan 10 makanan yang perlu dielakkan sepanjang berbadan dua;

1) Sushi

Walaupun diperbuat daripada makanan laut dan sesuai untuk tambah protein dalam badan tapi ia mempunyai bakteria parasit yang merbahaya.

Wanita hamil digalakkan makan ikan dan makanan laut tetapi perlu dimasak dengan sempurna barulah sumber protein ‘dirasa’ anak dalam kandungan.

2) Keju

Pembuatan keju adalah daripada susu yang tidak dipasteur, pengambilan keju kepada ibu mengandung akan menyebabkan pembiakan bakteria, begitu juga produk tenusu mentah. .

Sebolehnya elak ambil keju kerana bakteria yang ada boleh mengganggu uri dan menyebabkan keracunan.

3) Daging mentah

Elak menjamah hidangan daging, tidak kira yang mentah atau separuh masak kerana mempunyai bakteria Toxoplasma.

Pastikan si ibu makan daging yang dimasak sepenuhnya kerana ia boleh menambah sel darah merah dalam badan.

4) Minuman berkafien

Hadkan pengambilan kafien namun jika teringin ambil dalam kadar yang minimum.

Pengambilan kafien yang berlebihan dipercayai menjejaskan berat badan bayi yang akan lahir. Lebih buruk lagi, ia meningkatkan risiko keguguran.

5) Tiramisu

Kebanyakan pencuci mulut dan manisan mengandungi telur mentah, jika boleh elakkan pengambilan makanan yang diperbuat menggunakan telur mentah yang tidak dipasteur. Ia boleh menjadi racun dan memberi kesan tidak baik kepada si ibu dan anak.

6) Hidangan ketam

Walaupun ketam kaya dengan sumber kalsium dan boleh kuatkan tulang bayi tetapi kandungan kolesterol dalam ketam terlalu tinggi boleh menyebabkan pengecutam rahim si ibu yang sekali gus meningkatkan risiko keguguran

7) Taugeh mentah

Bakteria yang ada pada taugeh akan membiak sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, elakkan ambil taugeh dan masak sekiranya teringin.

8) Makanan dalam polisterin

Jangan bungkus makanan dari kedai menggunakan polisterin kerana suhu panas akan menyebabkan bakteria cepat membiak dan menjadi racun kepada si ibu dan menjejaskan kesihatan anak yang bakal lahir.

9) Kekacang

Jika ahli keluarga si ibu mengalami alahan kekacang sila elakkan pengambilan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan kesan pada kulit bayi kelak.

10) Hati ayam atau lembu

Pengambilan hidangan ini meningkatkan risiko keguguran lebih-lebih lagi diawal kehamilan.

Sumber : FMT