Masalah kulit kepala berkelemumur adalah masalah kesihatan yang melibatkan kulit kepala dan bukannya rambut mahupun tabiat yang sering kita lakukan pada rambut. Mereka yang mempunyai masalah kelemumur ini sering merasa kurang keyakinan diri apabila kelemumur terlekat pada bahu dan pada belakang baju. Masalah kelemumur bukan masalah yang serius tetapi anda perlu menghilangkannya untuk meningkatkan semula keyakinan diri anda.
Kami kongsikan lapan petua tradisional untuk hilangkan masalah kelemumur daripada HERINSPIRASI
Minyak Kelapa
Minyak kelapa adalah bahan yang paling berkesan untuk merawat masalah kelemumur. Ini kerana ia mempunyai agen anti-kulat yang kadang kala boleh menyebabkan kulit kepala anda berminyak dan tidak sihat.. Ia juga boleh digunakan untuk melembapkan rambut yang kering dengan mudan dan juga mengurangkan rasa gatal disebabkan kelemumur.
- Sediakan minyak kelapa di dalam mangkuk
- Tuangkan jus limau ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama minyak kelapa
- Sapukan pada kulit kepala dan urut selama tiga minit.
- Basuh rambut sehingga minyak hilang selepas 20 minit
- Cuba rutin ini tiga kali seminggu
Cuka Epal
Merawat rambut dengan menggunakan bahan semula jadi akan mengurangkan kesan negatifnya daripada menggunakan produk yang kaya dengan bahan kimia yang berbahaya. Cuka epal juga elok digunakan untuk menghilangkan masalah kelemumur. Ia boleh mengembalikan keseimbangan pH kulit kepala anda dan ia juga boleh membasuh rambut dari sebarang penggunaan kimia seperti semburan rambut.
- Masukkan dua sudu makan cuka epal ke dalam cawan
- Campurkan 20 titik minyak daun teh, kacau sebati
- Sapukan pada kulit kepala menggunakan tapak tangan dan urut perlahan
- Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh rambut.
- Cuba rutin ini dua hingga tiga kali seminggu
Serbuk Penaik
Serbuk penaik boleh mengurangkan kesan syampu yang mengandungi bahan ammonium lauryl sulfae, ammonium laureth sulfate, sodium lauryl sulfate dan sodium laureth sulfate. Bahan kimia yang terkandung di dalam syampu akan menyebabkan rambut kering dan kusut. Apabila rambut kering, kelemumur akan mudah terbentuk.
- Basahkan rambut dan sapukan sedikit serbuk penaik pada kulit kepala anda.
- Tunggu beberapa minit, bilas rambut dengan air suam
- Ulang rutin ini sekali atau dua kali dalam masa sebulan.
- Ingat jangan guna syampu selepas anda menggunakan cara ini.
Cuka Putih
Cuka putih adalah salah satu bahan semulajadi yang berkesan untuk menghilangkan masalah kelemumur di rumah. Cuka yang mengandungi asid asetik akan membantu untuk menghalang pertumbuhan kulat pada kulit kepala dan turut membantu mengurangkan rasa gatal yang di sebabkan oleh kulat.
- Tuangkan satu setengah cawan cuka putih ke dalam dua gelas air
- Bilas rambut dengan campuran selepas membasuh rambut anda
- Selepas beberapa minit, urut kulit kepala menggunakan campuran yang sama.
- Selepas 10 minit, bilas dan gunakan syampu yang lembut( kurang kimia) untuk membersihkan rambut anda.
- Cuba rawatan ini dua kali seminggu
Minyak Zaitun
Masalah kelemumur boleh di hilangkan dengan penggunaan minyak zaitun. Ia adalah pelembap semula jadi dan sering digunakan sebagai perapi rambut.
- Panaskan minyak zaitun dalam masa sesaat
- Sapukan minyak zaitun pada kulit kepala dan balutkan rambut anda dengan tuala panas.
- Biarkan selama 30 minit atau semalaman dan basuh dengan syampu selepas itu.
- Ulangi beberapa kali seminggu untuk menghilangkan kelemumur pada rambut anda.
Minyak Daun Teh/ Pokok Teh
Minyak ini adalah minyak yang berwarna hijau kekuningan yang dihasilkan daripada pokok melaleuca, pokok yang agar sukar ditemui dan hanya boleh didapati di Australia. Minyak ini boleh membantu untuk melembapkan kulit, menghalang pertumbuhan jerawat, merawat masalah kulit, mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur dan merawat rambut.
- Tuangkan syampu secukupnya ke telapak tangan, tambahkan beberapa titik minyak daun teh/ pokok teh. Gunakan untuk membasuh rambut anda.
- Anda juga boleh menambahkan minyak zaitun dan juga minyak kelapa.
- Sapukan sama rata pada rambut anda, biarkan ia selama 30 minit atau semalaman.
- Bilas dengan air
- Gunakan rutin ini dua kali seminggu.
Jus Limau
Buah oren mengandungi asid yang boleh membunuh kulat yang menyebabkan kelemumur pada kulit kepala. Ia juga berkesan untuk menghilangkan gatal di kulit kepala.
- Buat jus limau tanpa ais
- Campurkan dengan setengah cawan jus lemon dan yogurt
- Sapukan pada rambut dan kulit kepala dan biarkan selama 20 minit
- Bilas rambut
Biji Halba
Biji halba mengandungi agen anti kulat yang dapat membantu mengawal maslah kelemumur dengan berkesan.
- Rendamkan tiga sudu makan biji halba dalam air semalaman.
- Kisar biji tersebut menjadi pes
- Tambahkan beberapa sudu makan yogurt biasa (jika ada)
- Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama beberapa jam.
- Bilas pakai air yang mengalir laju dan kemudian gunakan syampu untuk basuh rambut anda.
- Cuba cara ini satu hingga dua kali dalam seminggu.
0 Comments