Pengambilan kayu manis dalam diet seseorang dapat membantu proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Menurut kajian yang dijalankan seorang pakar penyelidik daripada Universiti Rush, Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Kalipada Pahan, kebanyakan individu terutamanya golongan pelajar sering mengalami masalah dalam proses pembelajaran disebabkan kekurangan kandungan protein dalam sistem tubuh.

“Kandungan protein dalam tubuh seseorang penting kerana ia membantu menyerap maklumat dengan lebih cepat dalam minda mereka.

“Menerusi kajian yang dijalankan terhadap 50 orang pelajar, kami dapati kemampuan mereka untuk menyerap kesemua pembelajaran bertambah baik selepas menambah sedikit kayu manis dalam pemakanan,” jelasnya.

Tambah Dr. Kalipada Pahan lagi, tindak balas tersebut berlaku disebabkan kebolehan kayu manis untuk menukar kandungan natrium benzoat iaitu sejenis zat yang berupaya untuk mencergaskan fungsi neuron di dalam otak pada sistem tubuh manusia dengan cepat.