Soalan di atas banyak di soal pesakit ketika doktor merawat pesakit doktor di Klinik. Doktor rasa tanggungjawap memberi penjelasan dibawah supaya anak bangsa doktor pandai jaga anak ketika mereka Demam. Harap mudah terpengaruh dengan orang sekeliling. Tapi doktor harap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yg betul.

Apa tu DEMAM?
Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius...iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Ketika ni suhu badan naik automatik sebab sicomel sedang bergusti sendiri melawan infeksi. Itulah kita sebagai ibubapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain,minum & makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

Cara menurunkan suhu tubuh bila DEMAM.

  1. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. 
  2. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori2 & mudahkan mengeluarkan panas dr dlm tubuh.
  3. Demam memaksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak spt peluh dan kencing. Maka rajin2lah menyusu atau beri air yg banyak kpd anak anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!!.
  4. Jika nak dimandikan juga bayi/kanak yg panas di bolehkan! Tapi air yg digunakan harus air yg hangat suam, Jangan air sejuk. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.
  5. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, mkn minum spt biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit, Ini tanda INFEKSI KUMAN/VIRUS yangg tubuh bayi/kanak tidak dapat melawan. Segeralah bawa ke dokter


Adalah satu KESILAPAN jika anda: (Merawat Demam Anak)

  1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau Ketulan AIS
    • Sbb hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi Meningkatkan lagi suhu badan, krn air yg dingin menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.
  2. Mandikan anak dgn AIR SEJUK. 
    • Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Cuba jika kita emak ayah demam pi terus mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah mengetar apatah lagi mandi air sejuk!! 
  3. Hindari menyelimuti Si Comel yg demam atau memakaikan baju yg tebal spt jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar, yg dpt menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.


Nasihat Doktor : Segera rawat demam anak anda. Mengelakkan daripada Sawan Panas Tarik "Febrile Fit"

Daripada.
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04- 6444181.