Kopi merupakan minuman kesihatan. Tapi adakah sihat untuk kanak-kanak mengambil kopi dalam minuman harian ?

Boleh ke kopi atau kafein menjejaskan kesihatan si manja ?

Kebanyakkan ibu bapa akan tertanya-tanya soalan ini. Baca artikel di bawah untuk lebih lanjut.

Bagaimana Kopi ( Kafein ) Mempengaruhi Kesihatan Anak Anda ?

1 Insomnia

  • Kopi adalah perangsang tenaga yang menyebabkan pengguna berasa aktif. 
  • Badan kanak-kanak tidak memerlukan kafein dan pengambilan secara kerap akan mengalami gangguan tidur yang teruk.


2 Kaviti

  • Kandungan gula yang ada pada kafein boleh menyebabkan kaviti gigi dan hakisan enamel gigi. 
  • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah sakit gigi adalah dikalangan yang suka minuman berkafein.


3 Bone Loss ( Tulang Tidak Kuat )

  • Kafein adalah diuretik yang menyinkirkan air dari badan. ( buang air kecil ). 
  • Jika berlaku kerap pada kanak-kanak akan menyebabkan dehidrasi dan juga secara tidak langsung menyingkirkan kalsium dari badan si manja yang menyebabkan tulang tidak kuat.


4 Kurang Selera Makan

  • Minuman berkafein mengenyangkan dan menyebabkan anak anda hilang selera makan.
  • Kanak-kanak memerlukan makanan yang mengandungi nutrien penting, vitamin dan mineral.
  • Diet yang seimbang boleh merangsang pertumbuhan badan dan imuniti anak anda menjadi kuat. 
  • Manakala minuman berkafein tidak mempunyai element tersebut.


5 Sukar Untuk Tumpukan Perhatian

  • Kafein mempunyai bahan perangsang aktif yang mendorong tingkah laku tidak normal tertentu pada kanak-kanak dan juga boleh mengalami kegelisahan, sukar untuk menumpukan perhatian, cepat marah, dan tekanan darah tinggi.


6 Obesiti

  • Kanak-kanak perlu makan dan minum dengan banyak untuk membesar dengan sihat dan cergas. 
  • Namum pengambilan makanan dan minuman yang banyak tetapi tidak sihat akan menyebabkan obesiti. 
  • Makanan segera dan berkafein antara makanan tidak sihat. 
  • Obesiti adalah faktor utama tekanan darah tinggi dan sakit jantung walaupun pada usia yang muda.


7 Glaukoma

  • Minuman berkafein meningkatkan tekanan pada mata si manja yang masih belum matang dan mendorong kepada glaukoma.
  • Selain kafein daripada kopi kanak-kanak juga mendapat kafein daripada minuman bergas, teh, coklat, ais krim kopi atau yogurt beku, dan juga ubat penahan sakit.
  • Sesetengah ibu bapa memberi anak-anak mereka teh ais bagi menggantikan minuman bergas dan berfikir bahawa itu alternatif yang lebih baik. Tetapi teh ais juga mengandungi banyak gula dan kafein sama seperti minuman bergas.


Dengan segala maklumat tentang produk berkafein, anda perlu menghadkan pengambilan untuk si manja anda. Berikan si manja minuman berkhasiat seperti air mineral, susu atau susu soya suppaya dapat meningkatkan pertumbuhan badan dan tulang