Makanan Untuk Otak. Otak memerlukan nutrisi yang tepat daripada makanan yang boleh melindungi sel-sel otak, membantu regenerasi sel sehingga meningkatkan memori serta kemampuan berfikir.

Apakah makanan yang mampu meningatkan fungsi otak?

Ikan Salmon

  • Ianya kaya dengan asid lemak Omega 3 yang sangat bagus untuk otak dan fungsi kognitif secara keselurahannya. 
  • Omega 3 mampu meningkatkan fungsi otak pada orang dewasa usia produktif.


Telur

  • Di dalam telur, iaitu kuning telur terdapat ‘choline’ yang merupakan nutrisi yang berfungsi bagi perkembangan otak, bermula bayi dari dalam kandungan , anak-anak sehinggalah berusia. 
  • Choline’ berfungsi untuk membangun membrane sel yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran molekul signal di otak, memperbaiki fungsi memori otak dan pelbagai fungsi lainya yang berkaitan dengan kesihatan otak.


Minyak Zaitun

  • Minyak zaitun merupakan lemak sihat yang boleh ditambakan pada hampir semua makanan.
  • Kandungan pada minyak zaitun dapat membantu meningkatkan memori dan mencegah pelbagai penyakit. 
  • Selain itu, minyak zaitun juga bersifat antioksidan dan anti inflamsi yang keduanya penting untuk mencegah kanser.


Brokoli

  • Brokoli mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan untuk otak, seperti vitamin B6, vitamin E, asid lemak Omega-3, kolin, protein, zinc dan juga selenium. 
  • Semua nutrisi tersebut akan bertidak balas pada kesihatan sel-sel otak. 
  • Selain itu, brokoli juga merupakan sumber kalsium, zat besi, mangan, vitamin A (dalam bentuk karotenoid), vitamin B1 dan juga tembaga.


Bayam

  • Sayur bayam adalah sumber vitamin E dan folat. 
  • Vitamin E penting untuk mempertajamkan fungsi kognitif, manakala asid folat mampu memperlancarkan perjalanan darah dalam tubuh, termasuk ke otak dan mecegah matinya sel-sel di otak.


Oat

  • Glukos merupakan bahan bakar utama agar otak dapat menjalankan fungsinya. 
  • Oat(oatmeal) merupakan sumber karbohidrat tinggi. 
  • Namun karbohidrat dari oat merupakan karbohidrat kompleks, khususnya ia diperbuat daripada gandum asli yang mana karbohidrat akan dilepaskan secara perlahan-lahan oleh tubuh sehingga otak akan ‘kenyang’ beberapa jam lebih lama daripada kebiasaannya