Memanglah lelaki yang beruban itu dikatakan nampak seksi. Namun, bagi sesetengah lelaki, mereka masih rasa tak selesa jika terlalu banyak uban di kepala.

Macam orang tua pula kan, tak pasal-pasal jadi bahan ketawa. Ala, rilekslah. Jangan cepat nak kelam kabut tak tentu pasal.

Ini dia tips untuk lelaki yang ingin menghilangkan uban pada kepala. Jangan malas pula cuba petua ini yang dipetik dari healthmeup.com,

  1. Bersihkan rambut anda terlebih dahulu.
  2. Sediakan kentang dan kupas kulitnya.
  3. Rebus kulit kentang tadi dengan sedikit air.
  4. Selepas ia sejuk, basahkan rambut anda dengan air kulit kentang itu dan biarkan 20 minit, sebelum bilas bersih.