Trend sekarang ramai ibu menyusu makan milk booster atau penggalak susu ibu yang banyak dijual di pasaran. Semuanya dengan misi yang sama untuk membanyakkan penghasilan susu ibu atau takut susu tak cukup untuk si anak.

Keghairahan para pengeluar produk milk booster juga mempengaruhi ibu-ibu menyusu. Dengan pelbagai testimoni pelanggan yang menunjukkan hasil stok susu yang berjaya dikumpul selepas makan milk booster tersebut pasti sahaja membuatkan ibu menyusu  tidak mahu ketinggalan mencuba juga.
Persoalannya benarkah milk booster 100 peratus membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu? 
Ibu-ibu perlu faham terlebih dahulu penghasilan susu ibu berkait rapat dengan otak kita.
Ramai ibu menyusu suka menyatakan:

  • “susu tak cukup”, 
  • “anak  tak kenyang”, 
  • “baby asyik menangis sebab tak cukup susu” 
  • dan sebagainya lagi.

Secara tak langsung kita sudah menghantar isyarat salah kepada otak sekaligus membuatkan pengeluaran susu ibu berkurangan.
Bukankah apa yang kita cakap dan minta itu satu doa. Kalau selalu sangat cakap tak cukup, memang tak cukuplah susu itu.
Menyusukan anak adalah perkara yang bersifat semula jadi dan memang fitrah manusia. Allah SWT menciptakan setiap wanita yang mengandung dan melahirkan boleh menyusukan bayinya asalkan sahaja ada kemahuan dan niat sejak awal lagi.
Jadi, produk milk booster bukanlah 100 peratus membantu membanyakkan susu ibu secara automatik. Sekiranya ibu sendiri tidak memahami formula penghasilan susu ibu itu sendiri maka semakin kuranglah penghasilan susunya.
Ini kerana ada juga ibu yang sudah makan bermacam jenis milk booster tetapi mengadu susunya masih juga kurang. Mungkin ibu :

  • Tidak minum air yang cukup, 
  • Tidak pam dengan konsisten, 
  • Tidak mengosongkan payu dara dan 
  • Tidak menyusukan anak secara terus dengan kerap 

Maka makanlah apa jenis milk booster sekalipun, susunya tetap tidak bertambah.

Tetapi tidak salah makan milk booster untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Produk milk booster sememangnya boleh diamalkan kerana kebanyakan dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik membantu merangsang penghasilan susu ibu dan mengembalikan kecergasan ibu sendiri.
Secara logiknya jika ibu letih dan lesu, memang susu juga berkurangan. Jadi, anggaplah jika kita makan milk booster itu sekadar usaha dan ikhtiar untuk membuatkan badan kita sihat dan cergas.
Apa yang penting, sebaik disahkan mengandung, tanamkan niat untuk menyusukan anak sepenuhnya, jangan awal-awal lagi sudah ‘set’ susu nanti tak cukup jadi kena beli milk booster untuk banyakkan susu. Banyakkan makan makanan berkhasiat dan banyak minum air. Jangan lupa berdoa memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah untuk anak kita.

Sumber : Pa&Ma