Penyakit kudis dan bisul merupakan salah satu penyakit yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bagi merawatnya, anda boleh menggunakan daun petai belalang. Nama saintifik petai belalang ni adalah Leucaena Leucocephala.
Saiz biji petai belalang agak kecil sikit berbanding dengan petai biasa. Petai belalang yang sudah tua, buahnya akan pecah. Itulah perbezaan dengan petai biasa. Namun begitu, baunya tetap sama.
Untuk merawat kudis dan bisul, anda boleh cuba petua ini dengan menggunakan daun petai belalang;
- Ambil beberapa helai daun petai belalang.
- Bersihkan dan keringkan daun petai belalang terlebih dahulu.
- Kisar atau tumbuk kesemua daun petai belalang tersebut sehingga hancur.
- Campurkan daun petai belalang yang sudah hancur dengan minyak kelapa (boleh juga gunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun).
- Setelah siap, letakkan minyak campuran daun petai belalang pada bisul atau kudis.
Sumber : PetuaSejagat
0 Comments