Pemakanan adalah aspek yang penting dalam rawatan selepas bersalin. Ini kerana semasa proses kehamilan berlaku perubahan serta ketidakseimbangan hormon. Ibu dalam pantang juga kebiasaannya akan mengalami gangguan emosi serta tekanan akibat perubahan fizikal.

Merujuk petua orang tua zaman dahulu, ibu dalam pantang hanya boleh makan nasi serta lauk ikan masin ataupun ikan bakar berkunyit dan minum air dalam kuantiti yang sedikit. Amalan pemakanan sebegini sebenarnya mempunyai risiko terhadap buah pinggang dan tekanan darah. Oleh sebab itu perubatan moden menentang amalan berpantang secara begini.

Semasa dalam pantang ibu-ibu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang merangkumi semua jenis makanan didalam piramid makanan. Terutama protein dan juga makanan kaya serat/fiber. Ini dapat membantu menyembuhkan luka secara sempurna dan juga mencegah daripada sembelit selepas bersalin.


Jenis Pemakanan Berkhasiat Bagi Ibu Bersalin Dalam Pantang : 

Jenis Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut dipercayai akan menyebabkan darah nifas berbau busuk dan melemahkan daya tahan fizikal dan mental.

Ibu berpantang perlu memakan ikan yang segar dan mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari, sembilang dan parang kerana dipercayai menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menyebabkan alahan/alergik adalah seperti ikan kembung, tamban, tongkol, cencaru dan makanan laut lain seperti udang, sotong, kerang,  ketam dan lain-lain.
"Ikan yang disyorkan dalam pantang ialah ikan haruan dan ikan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan mengandungi kandungan zink yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Ikan yu pula dipercayai dapat membanyakkan susu ibu." 

Jenis Ulaman 
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh antaranya :
  • serai, 
  • lengkuas, 
  • daun atau ubi cekur, 
  • bunga kantan, 
  • kunyit hidup, 
  • daun kesum serta 
  • halia. 
Ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang antaranya:
  • Daun pegaga, 
  • pucuk mengkudu, 
  • ulam raja, 
  • daun lemuni hitam, 
  • daun maaf zahir batin, 
  • daun sekentut, 
  • daun cemumar,
  • daun pudina, 
  • daun kari, 
  • daun bebuas dan 
  • daun ruku.
Jenis Sayuran Dan Buah-Buahan
Ibu berpantang dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya :
  • kangkung, 
  • timun, 
  • sayur keladi, 
  • pucuk ubi, 
  • pucuk paku, 
  • bayam, 
  • sayur atau daun keti (bunga putih), 
  • kacang panjang, 
  • petola, 
  • labu, 
  • rebung, 
  • kacang botor, 
  • jeruk maman, 
  • petai, 
  • jering serta terung.
Ibu selepas bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti :
  • air tebu, 
  • cincau, 
  • kelapa muda serta 
  • buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis Ayam Dan Burung
Ibu dalam pantang disyorkan memakan :
  • Ayam hitam, 
  • Ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. 
  • Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
Sumber : mummysafy