Lebih lima bilion daripada lapan bilion penduduk dunia terdedah kepada lemak trans yang terdapat dalam produk makanan, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Isnin.
Menurut badan dunia yang berpangkalan di Geneva itu pihaknya menyasarkan bahan-bahan yang tidak sihat dalam makanan akan dapat dihapuskan menjelang tahun ini.
Mesir, Pakistan dan Korea Selatan adalah antara negara yang paling teruk terjejas akibat keadaan kesihatan yang dikaitkan dengan lemak trans, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
“Kandungan lemak trans tidak memberikan manfaat dan amat berisiko terhadap kesihatan yang akan menyebabkan sistem kesihatan terpaksa menanggung kos yang besar.
“Sebaliknya, menghapuskan lemak trans lebih efektif dan menjimatkan selain mempunyai manfaat yang besar untuk kesihatan. Lemak trans ialah bahan kimia toksik yang membunuh dan tidak sepatutnya terdapat dalam produk makanan. Sudah tiba masanya untuk menyingkirkannya,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurut angka WHO, lemak trans membawa kepada setengah juta kematian akibat penyakit jantung setiap tahun.
Denmark yang telah mengambil langkah menghapuskan lemak trans dalam produk makanan sejak 20 tahun lalu telah menyaksikan penurunan penyakit kardiovaskular.
Lemak trans ialah asid lemak tak tepu yang boleh terhasil dalam makanan semula jadi atau diproses. Ia dihasilkan dalam sektor makanan yang diproses melalui hidrolisis minyak untuk menghasilkan lemak pepejal seperti marjerin.
Rawatan haba minyak sayuran juga boleh menyebabkan lemak trans terhasil.
APAKAH MAKANAN YANG MENGANDUNGI TRANSFAT
Lemak transfat yang natural, biasanya terdapat dalam susu dan daging haiwan ruminant (seperti lembu, kerbau dan kambing biri) sebanyak 2-5% dari jumlah keseluruhan lemak. Contoh lemak transfat yang natural seperti conjugated linoleic acid (CLA) dan vaccenic acid.
Dulu sumber lemak transfat adalah dari lemak haiwan, sekarang kebanyakan sumber lemak transfat adalah diperolehi dari makanan yang diproses dengan melakukan proses penghidrogeninasi minyak sayur-sayuran yang dulunya minyak yang sihat (unsaturated fatty acid).
Minyak transfat ini yang menggantikan minyak haiwan yang natural sama ada dalam bentuk pepejal atau bentuk cecair dalam banyak produk makanan yang dihasilkan sama ada dalam penyediaan makanan segera (fast food), makanan ringan (snack food),makanan bergoreng (fried food), dan makanan yang dibakar (baked biscuits dan crakers).
Minyak transfat ini digunakan dalam industri makanan atas pelbagai sebab. Ia meningkatkan jangka hayat produk makanan itu tanpa perlu disimpan lama dalam peti sejuk. Minyak dan lemak trasnfat ini lebih murah dibandingkan dengan lemak haiwan dan lemak yang dihasilkan dari produk tenusu. Malah ia lebih murah dari minyak kelapa.
Dianggarkan sebanyak 45% dari jumlah lemak yang ada makanan yang diproses (dijual dalam bungkusan di pasaraya) dan disediakan oleh restoren makanan segera adalah minyak atau lemak transfat.
Makanan seperti :
- Cookies yang dibakar dalam ketuhar mengandungi 30% transfat dari keseluruhan lemak yang ada.
- Marjerin mengandungi 15% lemak transfat.
- Produk tenusu hanya mempunyai 4% lemak transfat (yang natural).
- Susu ibu juga mempunyai lemak transfat (yang natural) sebanyak 1-7% bergantung kepada jenis pemakanan yang para ibu makan.
Di Malaysia, senarai makanan yang menggunakan minyak atau lemak transfat ini terlalu banyak. Antaranya ialah :
- Makanan pastri (termasuk kuih donut),
- Ayam goreng,
- Biskut,
- Pizza (atau roti canai) dan
- Makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak Malaysia.
Walaupun makanan-makanan ini sedap dan menarik selera kita, namun kita juga harus menyedari kesan buruk akibat pengambilan makanan yang mengandungi makanan yang banyak lemak transfat.
KENAPA LEMAK TRANSFAT BAHAYA KEPADA KESIHATAN?
Penggunaan minyak sayuran yang telah menjalani proses separa penghidgrogenasi (partially hydrogenated vegetable oils) semakin menjadi sebahagian dari pemakanan manusia moden bermula kira-kira 100 tahun yang lalu. Ia digunakan dengan lebih meluas sekitar pertengahan abad ke 20th dan ia semakin popular digunakan dalam membuat produk makanan berproses.
Minyak sayuran yang diproses ini mengandungi banyak lemak transfat. Penambahan lemak transfat di dalam diet harian menambahkan faktor risiko menjejaskan kesihatan pada setiap orang.
Lemak transfat terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). HDL yang tinggi meramalkan kebarangkalian seseorang individu untuk mendapat serangan sakit jantung. Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung.
Selain itu pengambilan lemak transfat yang tinggi, bukan saja menyebabkan masalah sakit jantung, tetapi juga obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2.
Bagaimana lemak transfat ini memberikan masalah kesihatan kita? Persoalan ini masih menjadi tandatanya pada semua ahli saintis yang mengkaji. Satu teori mengatakan bahawa dalam metabolism lemak, enzim lipase hanya mampu bertindak dengan sempurna pada lemak yang mempunyai posisi cis dan tidak dapat menghadamkan lemak yang mempunyai kedudukan trans.
Pengambilan lemak transfat mengganggu proses metabolism tubuh yang menghadamkan asid lemak penting (essential fatty acids termasuk Omega 3) yang menyebabkan perubahan dalam struktur molekul phospholipid fatty acid yang menjadi sebahagian lapisan utama dalam saluran darah besar seperti aorta dan coronary sehingga menjadi sumbatan di dalam saluran darah tersebut.
Kesimpulannya pengambilan lemak transfat dalam pemakanan boleh memberikan kesan pada kesihatan kita. Antaranya :
1. Penyakit Arteri Kolonori (Colonary artery disease)
Banyak kajian menunjukkan pengambilan lemak transfat boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit serangan sakit jantung. Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994, menjangkakan kira-kira 30,000 kematian setiap tahun akibat masalah jantung disebabkan oleh pengambilan lemak transfat.
Dalam kajian lain menunjukkan apabila menggantikan 2% tenaga yang didapati dari lemak transfat dengan “lemak tidak tepu bukan trans” (non-trans unsaturated fats) dapat merendahkan kebarangkalian mendapat serangan sakit jantung sebanyak 53%.
2. Penyakit Nyanyuk (Alzheimer's Disease)
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam journal Archives of Neurology pada tahun 2003 menunjukkan pengambilan lemak transfat boleh menyebabkan masalah penyakit Alzheimer. Keradangan berlaku pada kawasan sekeliling hippocampus, iaitu kawasan dalam otak yang menjaga kebolehan untuk belajar dan mengingat.
3. Kanser (Cancer)
The American Cancer Society mengakui terdapat kaitan antara lemak transfat dengan kanser namun ia masih lagi tidak jelas. Namun kebelakangan ini ada kajian yang mengaitkan pengambilan transfat dalam makanan dengan masalah kanser prostate.
Pengambilan lemak transfat dalam makanan juga meningkatkkan risiko mendapat penyakit barah payudara sebanyak 75%.
4. Diabetes:
Lemak trans turut menyebabkan insulin, sejenis hormon yang mengawal aras glukosa dalam darah, menjadi tidak efektif. Akibatnya, pengambilan lemak transfat meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetes. Bagi pesakit diabetik, terutamanya pesakit obes, kawalan aras glukosa menjadi lebih sukar (meskipun dengan ubat) apabila mengambil lemak lemak transfat dalam makanan seharian.
5. Kegemukan (Obesiti)
Ramai saintis bersetuju abahwa pengambilan lemak transfat akan meningkatkan berat badan dan akhirnya menyebabkan kegemukan, walaupun jumlah kalori yang diambil serupa dengan jumlah kaori yang diambil oleh mereka yang tidak mengalami masalah kegemukan.
6. Masalah hati (Liver dysfunction)
Lemak transfat dimetabolismekan dalam hati dengan cara yang berbeza dari lemak lain dan kehadirannya dalam hati menggangu fungsi enzim delta 6 desaturase yang terlibat menukarkan enzim yang penting (essential fatty acids) kepada arachidonic acid dan prostaglandins, yang amat penting dalam tubuh kita.
7. Masalah kesuburan di kalangan wanita
Dalam satu kajian yang dilakukan pada 2007 menunjukkan “peningkatan pengambilan lemak tranfat akan meningkat masalah kesuburan di kalangan wanita berkaitan dengan masalah ovulasi”
8. Masalah kemurungan (Major depressive disorder)
Saintis dari Sepanyol membuat kajian terhadapat pemakanan seramai 12,059 orang selama enam tahun dan mendapati bahawa mereka yang mengambil lemak transfat dalam pemakanan mereka mempunyai risiko mendapat kemurungan sebanyak 48% berbanding dengan mereka yang tidak mengambil lemak transfat dalam pemakanan mereka.
Ini kerana lemak transfat merendahkan docosahexaenoic acid (DHA) dalam kawasan orbitofrontal cortex (OFC) dalam otak. Kawasan inilah yang mengawal pelbagai seperti perasaan keseronokan, rasa bahagia dan rasa diperlukan. Perasaan inilah yang kurang pada mereka yang mengalami kemurungan.
9. Mengurangkan daya ingatan
Pada 2015, pengkaji sains telah membuat banyak kajian tentang kesan lemak transfat pada kekuatran ingatan. Mereka mendapati mereka yang banyak makan lemak transfat akan mengalami masalah ingatan yang serius.
0 Comments