Dalam hubungan seks, apa yang kita mahukan pastinya kelegaan dan kepuasan seksual bukan? Cara untuk mendapatkannya adalah mudah sahaja iaitu dengan lelaki dan perempuan klimaks.

Tanpanya, tidak bermaknalah projek di ranjang kalian.

Mungkin bagi lelaki, mencapai puncak syahwat bukanlah suatu perkara yang begitu sukar.

Ini kerana hanya terdapat satu jalan untuk lelaki mencapai orgasma iaitu dengan usaha mengeluarkan air mani dari alat kemaluan.

Namun, ini sangat berbeza bagi wanita. Sebagaimana yang kita tahu, wanita memang agak sukar mencapai puncak syahwat.

Ia mungkin didorong oleh faktor mereka mempunyai pelbagai jenis orgasma.

Apa? Wanita mempunyai banyak jenis orgasma?

Ya, jom kita sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui jenis perempuan klimaks dengan lebih mendalam lagi!

  #1. Orgasma klitoris  

Klitoris adalah bahagian yang paling sensitif pada tubuh badan wanita. Ia mempunyai jutaan saraf, sama seperti zakar.

Disebabkan itu, segala jenis rangsangan terhadapnya pasti akan membuat seorang wanita itu menjadi tidak keruan.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex and Marital Therapy, ada jenis sentuhan pada klitoris yang boleh buat wanita klimaks.

Caranya adalah dengan membuat pergerakan atas ke bawah, depan ke belakang serta membulat.

Tidak percaya? Mintalah encik suami anda merangsang klitoris anda menggunakan jari dengan teknik yang diperkatakan tersebut.

Nescaya tubuh badan anda akan terangkat seperti berada di awang-awangan.


 #2. Perempuan klimaks G-spot 

Tahukah anda di mana G-spot ini berada? Menurut pakar, kawasan ini berada pada hadapan dinding faraj.

Ia tidak dapat dilihat dengan mata namun boleh dirasa dengan jari. Jika disentuh, nafsu wanita akan terangsang.

Ini kerana kawasan ini akan bertindak balas terhadap rangsangan dengan menjadi kembang akibat pengaliran darah.

Rangsangan menggunakan jari atau alat seks seperti dildo atau vibrator sudah pasti mendatangkan orgasma.


 #3. Klimaks U-spot 

Tidak pernah tahu tentang U-spot? Ia adalah kawasan uretra atau lebih dikenali sebagai lubang kencing.

Jangan terkejut kerana ada wanita yang akan ‘horny’ jika kawasan ini dirangsang oleh pasangan.

Sama seperti G-spot, kawasan ini juga akan bertindak balas terhadap rangsangan dengan menjadi kembang akibat pengaliran darah.

Jika kena caranya, ada wanita yang boleh mencapai orgasma dengan merangsang bahagian ini.


 #4. Orgasma puting 

Selain faraj, payudara adalah bahagian tubuh badan wanita yang merupakan zon erotik paling sensitif.

Jika faraj ada klitoris, payudara ada puting. Jika dirangsang dengan hebat pada kawasan ini, masakan wanita boleh berdiam diri?

Sebagai encik suami, jangan hanya sekadar tahu memegang buah dada isteri tanpa sebarang skil ya?

Anda perlu tahu bahawa cara yang betul untuk melakukannya adalah merangsang bahagian putingnya.

Tip berguna untuk suami: Jangan hanya gunakan jari dan tangan sahaja. Pastikan juga mulut dan lidah kalian tidak duduk diam semasa menikmati payudara isteri.


health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.


 #5. Perempuan klimaks squirting 

Namanya sahaja dapat menggambarkan maknanya bukan? Klimaks jenis ini memang wujud dan merupakan salah satu dari jenis klimaks wanita.

Persoalannya, apakah cecair yang terpancut keluar itu?

Ada pakar percaya, cecair yang memancut keluar dari faraj itu adalah air mani dan ada juga yang percaya bahawa ia adalah air kencing.

Namun, kajian lanjutan masih perlu dilakukan untuk tahu jawapannya.

Lebih kurang sama seperti lelaki, ada wanita yang akan memancutkan cecair dari alat kemaluan untuk menandakan sudah mencapai puncak syahwat.

Namun, ia adalah sesuatu yang agak jarang berlaku dan dikatakan hanya sekitar 10% wanita sahaja yang boleh mencapai klimaks jenis ini.


 #6. Orgasma lubang dubur 

Sebelum itu, pembaca diingatkan bahawa seks penetrasi zakar ke dalam lubang dubur adalah dilarang sama sekali dalam agama Islam.

Jadi, jangan cuba lakukannya okay!

Ada perempuan klimaks jika lubang dubur mereka diterokai oleh zakar, jari, lidah atau peralatan seks.

Namun, ketahuilah bahawa ia adalah kawasan yang agak kotor. Selain itu, jangan pula anda kentut ketika sedang asyik bersama pasangan.


 #7. Orgasma oral 

Selain faraj, payudara dan punggung, terdapat satu lagi zon erotik wanita yang utama iaitu mulut. Disebabkan itulah wujudnya sesuatu yang dikenali sebagai french kiss!

Buat anda yang belum tahu, perbuatan mencium bibir sambil bermain lidah ini sememangnya boleh merangsang nafsu seksual tidak kira lelaki atau wanita.

Bahkan, ada wanita yang boleh mencapai klimaks melaluinya. Namun, ia mungkin proses yang memakan masa yang agak lama.

Oleh itu, sila berbincang dengan pasangan anda untuk mencari alternatif yang lain agar kalian berdua boleh mencapai puncak syahwat bersama-sama.

Konklusinya, terdapat banyak bahagian yang boleh menyebabkan perempuan klimaks.

Jika digabungkan kesemuanya dalam satu hubungan seks yang hangat dan sensasi, sudah tentulah projek di ranjang kalian akan menjadi lebih dahsyat.

Jadi, apa lagi kalian tunggu? Boleh cuba ajak pasangan untuk bersama malam ini dengan tip berikut!


Sumber : HelloDoktor