2 helai daun betik setiap hari mampu meningkatkan platlet pesakit denggi 

Kajian klinikal terhadap jus daun betik di dalam pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 30ml (dua sudu besar) jus daripada dua (2) daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. 

Kenaikan platelet ini hanyalah salah satu dari pelbagai proses yang berlaku di dalam pesakit yang menghidapi demam denggi. 

Kajian masih lagi berjalan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak KKM tidak menyediakan jus daun betik di hospital-hospital kerajaan.

Daun betik dan keracunan Cyanogenic

Cyanogenic glycosides adalah bahan kimia yang digunakan oleh tumbuhan-tumbuhan tersebut sebagai pertahanan dalam menghadapi serangan serangga perosak atau haiwan pemangsa.

Dos cyanide yang paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak 1 mg bagi setiap kg berat badan. Oleh itu bagi seseorang yang mempunyai berat badan sebanyak 60 kg, 12,000 helai daun betik perlu diambil pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan akut.

Kajian keselamatan pengambilan daun betik mendapati ia selamat diambil dalam dos yang disarankan.

Public Health Malaysia