Berderau darah kami bila mendapat tahu ada kes bayi baru lahir yang digigit anjing dan terputus tangannya kerana dijemur bersebelahan pintu untuk mengurangkan kuning. Kami bersimpati atas kemalangan tersebut.
Rawatan bayi kuning dengan mendedahkan anak pada cahaya matahari tidak disarankan oleh Pakar Perubatan. Malah ianya memberikan risiko kepada bayi. Rawatan untuk bayi kuning (NNJ) adalah dengan menyusu dengan lebih kerap. Selain itu beberapa kaedah yang tidak digalakkan adalah seperti:
❌ Menyapu dengan kunyit/jamu
❌ Memberikan madu
❌ Memberikan susu kambing
❌ Memberikan air kosong
Semoga ini adalah yang terakhir kita mendengar kes sebegini.
0 Comments