- Sering bergaduh.
- Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit.
- Berbincang dan cari persefahaman.
- Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat...
- Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
- Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH Ta'ala.
- Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
- Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.
- Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah...
- Lokek dengan pasangan dan anak-anak.
- Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga.
- Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH Ta'ala beri adalah untuk dikongsi bersama.
- Gagal mengawal emosi dan amarah.
- Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak.
- Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
- Kurang sabar.
- Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak.
- Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak.
- Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit...
- Kurang berdoa dan kurangnya bertakwa pada ALLAH.
- Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak.
- Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
- Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH. insya ALLAH
"...Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)NYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah Ath-Thalaq : 2-3)
Sumber : RahsiaPerkahwinan
0 Comments