Bilakah masa yang terbaik untuk bersama? Apabila anda sedang cuba untuk hamil, seks pada masa yang sesuai sangat penting. Telur anda, sebaik sahaja dibebaskan daripada salah satu ovari, boleh bertahan selama di antara 12 dan 24 jam sahaja. Sperma dapat bertahan lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam uterus dan tiub falopia anda. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, anda mempunyai tempoh subur selama kira-kira enam hari sahaja.

Tempoh enam hari itu termasuk lima hari sebelum dan hari anda mengovulasi.

Seks pada masa yang tepat sewaktu ovulasi tidak begitu penting. Sebaliknya, apa yang penting ialah memastikan anda bersama suami dalam tempoh kesuburan anda. Justeru, waktu yang paling sesuai bersama suami jika anda mahu hamil ialah satu atau dua hari sebelum anda mengovulasi.

Seperti yang anda boleh bayangkan, sukar untuk mengenal pasti hari yang tepat sebelum ovulasi. Jadi cara yang terbaik ialah nikmati seks setiap dua atau tiga hari dalam waktu kitaran anda.

Tetapi jika anda mahu meneliti statistiknya, ada dinyatakan di sini. Mengandaikan anda dan suami mempunyai kesuburan yang normal, kebarangkalian anda hamil adalah:

  1. 4 peratus jika anda mengadakan seks lima hari sebelum ovulasi;
  2. 15 peratus jika anda mengadakan seks empat hari sebelum ovulasi;
  3. 25 hingga 28 peratus jika anda mengadakan seks satu atau dua hari sebelum ovulasi;
  4. 8 hingga 10 peratus jika anda mengadakan seks dalam masa 24 jam ovulasi berlaku.


Bila masa anda mengovulasi dalam mana-mana kitaran bergantung kepada:

  1. kepanjangan kitaran haid anda;
  2. kekerapan haid anda.


Kitaran haid seorang wanita boleh jadi sependek 22 hari atau sepanjang 36 hari. Secara purata, seorang wanita itu dating haid di antara 12 dan 14 hari selepas dia mengovulasi.

Jadi anda berkemungkinan untuk mengovulasi sekitar pertengahan kitaran jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Jika kitaran anda pendek, anda boleh mengovulasi dalam masa beberapa hari selepas haid anda kering. Jika anda mempunyai kitaran yang panjang, anda boleh mengovulasi dua minggu selepas haid anda kering.

Hampir 50 peratus wanita mempunyai kepanjangan kitaran yang berbeza-beza sebanyak lebih daripada tujuh hari. Jika kepanjangan kitaran anda tidak sekata, tempoh kesuburan anda juga mugkin berbeza kira-kira seminggu dari bulan ke bulan.

Sebab itulah lebih baik untuk anda mengadakan seks setiap dua hingga tiga hari sepanjang kitaran anda. Ianya lebih berkesan berbanding menumpukan tenaga anda hanya pada hari-hari yang anda fikir anda hampir mengovulasi. Begitu juga, seks setiap dua hingga tiga hari meningkatkan kualiti sperma berbanding dengan seks setiap hari.


Bagaimana saya boleh tahu bilakah saya hampir mengovulasi?
Anda mungkin sedar bila anda mengovulasi, atau anda mungkin tidak perasan sebarang perubahan yang berlaku. Jika anda merancang untuk hamil, kenalilah badan anda dengan lebih dekat lagi. Perhatikan tanda-tanda semula jadi yang menunjukkan anda sedang menghampiri waktu ovulasi. Ini boleh bermula kira-kira tiga minggu sebelum haid yang seterusnya datang, dan tanda-tandanya termasuk:

Peningkatan rembesan faraj menjadikannya lebih basah, dan teksturnya anjal seperti putih telur. Ini dipanggil mukus subur. Rasa sedikit tidak selesa pada sebelah bahagian perut. Rasa lebih seksi.

Salah satu cara yang paling mudah untuk mengetahui bilakah hari-hari subur anda ialah dengan kaedah “dua hari”. Ini melibatkan pemeriksaan harian untuk melihat kehadiran mukus subur.

Apa yang anda perlu lakukan ialah tanya diri sendiri dua soalan samada pada waktu tengah hari atau sebelum anda masuk tidur: “Adakah saya perasan sebarang rembesan hari ini?” dan “Adakah saya perasan sebarang rembesan semalam?” Jika jawapan kepada kedua-dua soalan itu ialah “ya”, maka anda kemungkinan besar dalam tempoh subur. Jika jawapan bagi kedua-duanya ialah “tidak”, maka anda mungkin bukan berada dalam tempoh subur.

Untuk mengenal pasti tempoh subur, cubalah kakulator ovulasi kami. Dan baca artikel kami untuk mendapatkan tip-tip yang dapat membantu anda mengenal pasti tanda-tanda ovulasi.


Adakah haid yang tidak tetap bermakna lebih sukar untuk hamil?
Jika haid anda tidak tetap, lebih sukar bagi anda mengenal pasti bilakah waktu subur anda. Jadi berlatihlah mengesan tanda-tanda mukus subur, enggunakan kaedah “dua hari” yang dinyatakan tadi. Cuba untuk mengadakan seks apabila anda perasan sudah dua tiga hari anda mendapat mukus basah dan licin. Atau anda mungkin dapati lebih mudah dengan hanya mengadakan seks yang kerap sepanjang kitaran anda.

Jika kitaran anda tidak tetap, atau selang lebih daripada 36 hari, jumpalah doktor. Kadang kala kitaran yang tidak tetap disebabkan oleh masalah seperti sindrom polisistik ovari (PCOS) atau masalah tiroid. Masalah-masalah ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil.

Anda biasanya dinasihatkan supaya terus mencuba untuk hamil selama sekurang-kurangnya satu tahun sebelum merujuk kepada doktor tentang masalah penghamilan. Walau bagaimanapun, jika anda berumur 36 tahun atau lebih atau anda mempunyai masalah kesihatan seperti haid tidak tetap yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil, maka anda disarankan supaya mendapatkan bantuan segera.


Sumber : BabyCenter