Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat 10 cara anda boleh mengurangkan tekanan tersebut? Ada beberapa cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan.
1. MELUKIS MENGGUNAKAN JARI
Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan.
Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.
2. URUTAN PADA TELINGA
Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang.
Cara untuk melakukannya adalah :
Gosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.
3. TELEFON IBU ANDA
Jika anda dan ibu anda masih mempunyai hubungan yang baik, anda boleh menghubungi beliau untuk membantu anda mengurangkan tekanan. Selepas memeriksa bagaimana perempuan muda bertindak balas di bawah keadaan tertekan, saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu mereka mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.
4. MENGHIDU EPAL
Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan.
Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.
5. BERI GANJARAN PADA DIRI ANDA
Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.
Bukankah makan aiskrim juga satu ganjaran? Sama juga dengan membeli handbag baru?
6. LIHAT KEINDAHAN ALAM
Kajian menunjukkan dengan melihat alam, dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.
Jika berada di hutan konkrit, lihatlah kawasan hijau di luar pejabat. Keluar sebentar untuk melihat alam semulajadi.
7. LETUPKAN BELON
Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.
8. LETAKKAN POKOK DI ATAS MEJA ANDA
Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.
9. MAKAN MAKANAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN TEKANAN
Mungkin ada dia antara anda yang tidak tahu kewujudan makanan yang dapat menghilangkan tekanan.
Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan.
10. SOLAT
Semua orang tahu, solat itu menenangkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul solat kalau dalam keadaan stress?
Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan.
Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda.
AKHIR KATA
Seperti yang dapat anda lihat terdapat pelbagai cara untuk melegakan tekanan. Jika tekanan sering berlaku kepada anda, anda boleh mencuba mana-mana teknik ini untuk memastikan bahawa anda menikmati kehidupan yang ceria serta bebas dari tekanan!
Siraplimau
0 Comments