Seks sepatutnya dinikmati bersama. Suami dan isteri yang puas diranjang dikatakan bahagia dalam rumah tangga. Namun hakikatnya, ramai isteri yang makan hati dengan sikap suami yang mementingkan diri ketika beraksi. Selepas mendapat apa yang diingini, suami tidak pedulikan kehendak isterinya.

Sekali dua tidak mengapa. Namun jika sering kali berlaku isteri akan memendam rasa dan tidak mustahil jika isteri meminta untuk berpisah kerana berasa dirinya seperti pemuas nafsu.

Sebelum keadaan menjadi parah, jom selidik kesilapan suami ketika di ranjang. Hal ini boleh dijadikan panduan dan perbaiki hubungan intim anda

1. Tidak Melakukan Foreplay
Ada suami terburu-buru untuk bersama isteri sehingga mereka tidak melakukan aktiviti pemanasan atau foreplay yang dapat merangsang nafsu kaum hawa. Akibatnya ketika bersama melakukan hubungan intim, isteri belum bersedia dan tidak terangsang. Situasi ini menyebabkan isteri sakit dan tidak selesa.

2. Kasar
Walaupun ketika ghairah, suami harus ingat isteri adalah wanita yang lemah. Kudrat isteri bukan seperti lelaki. Jangan berkasar seperti menolah dan menghempas isteri di atas katil. Perbuatan ini tidak seksi langsung! Malah menyebabkan tubuh isteri sakit dan membantutkan hasrat untuk bersama

3. Puaskan Diri Sendiri
Majoriti wanita mengambil masa yang agak lama untuk klimaks. Lantaran suami harus bersabar, beri peluang kepada isteri untuk sama-sama menikmati momen indah ketika kalian melayari asmara. Jika suami sudah klimaks, jangan terus bangkit dari tempat tidur. Suami perlu berusaha memuaskan isteri agar sama-sama merasa bahagia di atas kamar tidur

4. Aksi Melampau
Terdapat juga lelaki yang bersama isterinya mengikut aksi ganas video lucah. Tidak semua aksi dalam video sesuai untuk dipraktikan dengan pasangan. Perbincangan perlu dilakukan sebelum melakukan aksi. Ini berkemungkinan pasangan tidak mengemari aksi tersebut

5. Menggesa Pasangan
Suami mahu keperluan batinnya dipenuhi isteri, namun untuk meminta layanan istimewa suami mestilah berlemah lembut dan bersikap romantic. Minta dengan cara yang baik dan bukannya menggesa. ini kerana nikmat bersama berlaku apabila saling menghendaki

6. Tinggalkan Isteri Selepas Bersama
Selepas mendapat layanan batin, ramai suami yang terus tidur atau meninggalkan isteri sendirian di kamar. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi. Selepas bersama, suami boleh membersihkan diri. Namun suami harus kembali ke kamar untuk memeluk isteri dan mengucapkan terima kasih kerana memenuhi keperluan batinnya.

7. Tidak Menjaga Kebersihan
Sebelum bersama dengan isteri, pastikan anda merapikan bahagian intim agar kemas dan bersih. Begitu juga dengan tubuh, semburkan sedikit minyak wangi agar isteri berasa selesa sepanjang waktu berasmara. Suami yang pengotor dan busuk membuatkan selera isteri mati

8. Tiada Kata-Kata Romantik
Usah lokek untuk memuji dan memujuk rayu isteri. Kata-kata romantik akan membuatkan isteri teruja dan terangsang. Mereka juga rasa dihargai oleh suami. Sudah pasti hubungan di atas kamar ini lebih indah dengan kata-kata yang menyenangkan jiwa. Pasti layanan isteri luar biasa untuk kalian


Rujukan : Artikel di petik dari Mingguan Wanita