Ketika melakukan hubungan intim, anda dan pasangan pasti mempunyai pilihan posisi seksual yang berbeza. Sama ada anda lebih suka dikawal, suka mengawal atau lakukan apa saja mengikut keselesaan asalkan anda berdua rasa puas!

Tapi, kadang tu anda perlu tahu, setiap posisi ketika melakukan seks ada bahasa dan fungsinya tersendiri. Ha! Mesti anda pelikkan, ada ke bahasa posisi ketika melakukan seks? Ya, semestinya ada!

Untuk pengetahuan anda, waktu melakukan hubungan intimlah waktu yang paling sesuai untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.

Sebab itulah, dalam islam ada mengatakan melakukan hubungan intim bersama pasangan dapat mengeratkan hubungan antara suami isteri. Tapi, kena ingat! Bersama pasangan yang sah saja ye!


Antara posisi seks yang dikatakan isteri mesti expert! 


Inginkan zuriat - Missionary Position

“Kalau dah buat seks mestilah mengandung”, pasti anda fikirkan macam ni kan? Tapi, tak semestinya buat seks akan mengandung. Kadang tu rezeki datang lambat yang menyebabkan ada sesetengah pasangan 5 – 6 bulan masih lagi tidak mempunyai zuriat.

Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha di mana melakukan posisi missionary iaitu dengan meletakkan bantal di bahagian pinggul. Kemudian, pasangan anda haruslah berada di atas untuk memudahkan sperm yang keluar dari zakar terus menuju ke ovum.

Lagipun, jika posisi anda terangkat di bahagian pinggul, ia akan membantu untuk sperm tidak tertumpah keluar dari lubang dan untuk pengetahuan anda, jika anda berada di tahap klimaks ketika suami anda sedang melakukan proses ejakulasi. Kemungkinan besar untuk anda berjaya untuk dapatkan anak adalah tinggi.



Membina keyakinan yang tinggi - Girl on top!

Jika anda tidak mempunyai keyakinan ketika bersama dengan pasangan, anda perlu ingat 3 perkara ini saja iaitu, Girl.On.Top. Biarkan suami anda berada di bawah, apa salahnya kadang-kadang anda pula mengawal keadaan.

Bila anda berada di atas, pastikan anda lakukan dengan gaya dan henjutan yang mampu membuat pasangan anda merasa ghairah. Antara posisi yang anda boleh lakukan ketika berada di atas ialah cowgirl atau apa-apa posisi yang pasangan anda gemar.



Mahukan pasangan tahan lama! -  Fox Position!

Ada sesetengah lelaki, mereka mempunyai masalah tahan lama ketika melakukan seks dan perkara ini menyebabkan perempuan tidak sempat merasa klimaks. Jika berlarutan, kemungkinan besar perkara ini boleh menjadi masalah dalam hubungan.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, apa kata anda lakukan posisi fox dimana anda hanya lakukan posisi seperti missionary tetapi tidak menggunakan bantal.

Ini kerana pasangan anda mampu mengawal sendiri jika dia terasa ingin pancut dan jika sudah terlalu lama posisi ini, mungkin anda boleh mengubah posisi lain.

Itulah antara posisi seks yang perlu wanita wajib hebat! Walaupun sedikit tetapi jika anda lakukan bersama pasangan, serba sedikit dapat membantu dalam hubungan anda.

Sumber Asal : Donna