Bahan masakan seperti kunyit, halia, garam dan rempah-ratus adalah antara baranan yang lazim ditemui di dapur rakyat Malaysia. Umpama tidak lengkap bilik dapur tanpa bahan tersebut walaupun jarang memasak. Selain untuk memasak, ia juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan wanita tanpa perlu mengeluarkan kos yang mahal.

Hakikatnya ‘ubat sihat’ ini terdiri daripada bahan-bahan asas yang ada di dapur dan ia mampu menghasilkan kesan yang baik untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran wanita.

Kami menyediakan 5 jenis minuman kesihatan yang diperbuat menggunakan bahan di dapur rumah sendiri untuk memantapkan kesihatan. Modalnya, tak sampai pun RM10.

1) Air Kunyit

Kunyit mudah diperoleh dan harganya sangat murah, khasiat air kunyit sangat banyak bukan hanya untuk wanita dalam pantang tetapi sesuai kecantikan dalaman serta membuang lemak-lemak degil dalam badan.

Kunyit yang murah boleh dibuat jus dengan mengisar sendiri di rumah, namun untuk sedapkan minuman tersebut boleh tambahakan sedikit gula atau madu, kos untuk penghasilan jus juga adalah murah selain baik untuk kecutkan peranakan.


2) Air halia

Halia juga sangat baik untuk kesihatan terutama membuang angin dalam badan dan mengurangkan lenguh.

Untuk menambahkan rasa sedap rebusan halia itu tambahkan sedikit halba atau sesudu madu, pasti rebusan halia lebih sedap.

Jika sebelum ini hanya tahu digunakan halia untuk memasak sahaja tetapi kini boleh ubah kegunaan tersebut untuk tampil cantik.


3) Rendaman kurma

Kurma juga mudah diperoleh dan pasti ada di setiap rumah ada khususnya menjelang bulan Ramadan. Jika ada lebihan yang tidak dimakan, jangan buang begitu sahaja tetapi rendamkan air tersebut semalaman. Ia dipercayai menambahkan tenaga si peminum.

Pengambilan yang kerap boleh melembapkan kulit, naikkan seri muka serta menambahkan kandungan susu badan bagi ibu yang menyusu badan. Sekiranya bosan dengan pengambilan air kurma kosong, tambahkan kekacang dikisar bersama kurma untuk menghasilkan tekstur yang rangup dan boleh dikunyah.


4) Jus delima

Buah delima yang mudah didapati di pasaran dan dijual dengan harga yang murah dan mampu dimiliki.

Buah delima juga diakui sangat baik dan mengurangkan kolestrol, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kondisi kulit supaya lebih berseri dan cerah.


5) Herba campuran

Pengambilan herba campuran seperti gabungan lada hitam dan bawang putih mampu memanaskan badan serta menyumbang tenaga optimum serta memulihkan kecantikan dan kesihatan dalaman wanita.

Bahan-bahan ini murah dan mudah didapati di dapur, jadi tidak perlu tercari-cari untuknya.

Jadi jangan lepas peluang untuk kelihatan cantik dengan menggunakan bahan-bahan murah namun memiliki khasiat yang sangat baik untuk kesihatan kita semua.


Sumber : FMT