Penyakit batu karang, atau juga dikenali sebagai "batu ginjal" sering berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Dilaporkan sekitar 10% hingga 20% penduduk Asia menghidap penyakit ini berbanding 15% hingga 18% masyarakat di barat.

Salah satu cara tradisional merawat penyakit batu karang yang popular ialah dengan menggunakan kelapa muda (kelapa hijau). 

Cara ini dikatakan penawar yang sangat mujarab. Ramai pesakit yang sebelumnya perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu karang bersaiz besar, tidak perlu lagi berbuat demikian selepas tidak sampai 7 hari dirawat menggunakan kaedah tradisional ini.

Kaedah menyediakan penawar tersebut seperti dibawah :

  1. Ambil sebiji kelapa muda dan direbus dengan air biasa sehingga mendidih di dalam periuk selama kira-kira 15 hingga 20 minit.
  2. Ketika kelapa muda itu direbus, seelok-eloknya periuk ditutup bagi membekalkan haba yang cukup untuk memanaskannya.
  3. Selepas direbus dalam tempoh masa yang disebutkan di atas, warna air di dalam periuk akan kelihatan keroh dengan warna seakan kekuningan. Ini dijadikan petanda bahawa proses pemanasan boleh dianggap telah sempurna.
  4. Selepas itu buah kelapa muda terbabit dikeluarkan dari periuk, buat lubang kecil dengan cara menebuk, bagi mendapatkan airnya, sebelum dituang ke dalam gelas untuk diminum setiap hari, sehingga penyakit batu karang yang dideritai sembuh.


Dalam kebanyakan kes, pesakit yang menjalani rawatan menggunakan kaedah ini mampu sembuh dalam masa tak sampai seminggu.


RAWATAN BATU KARANG DENGAN KELAPA MUDA DAN TELUR AYAM KAMPUNG

Satu lagi kaedah rawatan yang tidak kurang popular ialah dengan mencampurkan telur ayam kampung di dalam air kelapa muda dan dikacau sehingga dirasakan sebati.

Minum airnya dua kali sehari sehingga penyakit batu ginjal sembuh.

Jika anda berdepan dengan penyakit batu karang seperti ini, lebih-lebih lagi yang perlu melalui pembedahan untuk merawatnya, ada baiknya gunakan kaedah ini terlebih dahulu.

Dalam kebanyakan kes, seseorang yang pernah menghidap penyakit batu karang, cenderung untuk mendapat penyakit itu lagi di masa depan. Maka kaedah menggunakan kelapa muda yang diterangkan di atas bolehlah dijadikan amalan.

Dalam pada itu langkah pencegahan perlu juga diambil dengan cara meminum air kosong sekurang-kurangnya sebanyak 2 liter sehari untuk mencairkan air kencing, sekaligus mengelakan pembentukan kristal yang menjadi punca batu karang.

Air kencing yang jernih menunjukkan sifatnya yang cair dan tiada pembentukan batu karang, sebaliknya air kencing berwarna kuning pekat tidak baik untuk kesihatan kerana kemungkinan berlaku mendapan kristal di ginjal atau saluran dan pundi kencing

Sumber : Edisi Rakyat