Pokok letup-letup atau juga dikenali sebagai pokok ulat bulu merupakan tumbuhan liar. Pokok menjalar yang yang dikenali dalam nama saintifik, Passiflora foetida, ianya berasal daripada Amerika selatan dan Barat India dan merupakan tumbuhan yang terkenal dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan ulam dan buahnya boleh dimakan.

Pokok ini mempunya begitu banyak khasiat, antaranya :

1. MERAWATAN SALURAN JANTUNG TERSUMBAT

  • Ambilkan empat 40 helai kemudian blend dijadikan jus. 
  • Minum tanpa campuran benda lain. 
  • Amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dgn cara 'blender' daun yang muda dan dicampur dengan susu tepung.
  • Daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan dibuat sebagai ulaman atau makanya waktu pagi dalam sehelai dua.


2. BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.

  • Ambil daun dan batangnya, rebus minum air rebusan tersebut atau ;
  • Ambilkan daunnya dicampur dengan kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. Sapukan bahagian dada, perut dan belakang.


3. DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP.

  • Hancurkan daun dan letak ditempat yang bermasaalah itu.


4. MENURUNKAN SUHU BADAN YANG PANAS.

  • Gunakan buahnya dengan cara makan tarus atau buat jus jika deman terutamanya kanak-kanak


5. TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI.

  • Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya. berfungsi untuk mencuci darah.


6. MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG.

  • Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. 
  • Ambil dari akar sampai pucuknya.


7. MERAWAT KANSER.

  • Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa, sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada kanser payu dara.


8. MERAWAT KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR.

  • Ada kawan berbangsa cina bagitau pokok ni dijemur sampai kering pastu buat mandian utk bayi yang baru lahir.


9. MERAWAT ORANG YANG PENGSAN

  • Ambilkan akarnya dan akar samalu 
  • Bakar, kemudiannya abunya dicampurkan dengan kapur sirih. 
  • Gaulkan menggunakan minyak kelapa. 
  • Kemudiannya gosok dikepala orang yang pengsan.


10. MERAWAT JERAWAT.

  • Daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.


11. MENGUBATI KENCING MANIS.

  • Batang dan akarnya direbus, minum sehari 3x, amalkan selalu.


12. SAKIT SENDI LUTUT (ATHRITIS)

  • Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut


13. KENCING TIDAK LAWAS

  • Minum air rebusan daun ulat bulu


14. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL

  • Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan / tiga kali sehari


15. MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS

  • Rebus daunnya dan minum air.


16. UNTUK TAMBAH DARAH

  • Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah.
  • Buang daun dan buah. 
  • Masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. 
  • Amalkan meminum air rebusan tersebut.


20. KES PESAKIT TALASEMIA

  • Minum air rebusan daun, darah dalam badan akan bertambah. kulit dan muka tidak kelihatan pucat.


21. PENAWAR UNTUK ORG YANG TERMAKAN RACUN

  • Sepohon pokok ini termasuk akarnya boleh juga jadi penawar untuk orang yang termakan racun dan orang yang keracunan makanan


AMARAN!

Lepas makan buah tidak boleh terus meminum kopi . Pernah terjadi keracunan.