![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWeoZMqujkxmNdsorAo6j-_ygha6-4RVtz0WMG917CNlE50wDv6NQ7SXIziBihxbKe9aSGRUOsj0_mtRIG3Ty1gzKi6hjAzY_GWSjk082agB9Tn7d8LGEUfUFsuwUDCH46MnGejeFqt7c/s640/gaduh.gif)
Menurut pakar psikiatri, Dr. Gail Saltz, pertengkaran dalam sebuah hubungan adalah sesuatu yang baik, dimana anda dan pasangan meluahkan perasaan, pendapat dan emosi masing-masing.
Setiap hubungan ada kejap pasang kejap surut. Tetapi, pertengkaran dan pergaduhan itulah yang membuatkan anda dan pasangan lebih memahami satu sama lain dan belajar untuk lebih bertolak-ansur.
Bukan itu sahaja, pergaduhan buatkan anda dan pasagan lebih peka tentang isu yang mungkin boleh menyebabkan pertengkaran.
Selepas meluahkan segala rasa marah dan perkara yang lama tersimpan, barulah masing-masing akan lebih terbuka untuk berkomunikasi dan lebih sayang-menyayangi.
Sumber Asal : Hanasuva
0 Comments