Petua 1:
- Dapatkan gambir kudat atau gambir sarawak dengan sedikit air dan kemudian sapukan di bahagian kepala zakar sahaja.
- Jangan sapukan terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat panjang.
- Sapukan kira-kira 20 minit sebelum jima’.
Petua 2:
- Sediakan 10 butir biji kapas dan satu sudu minyak jarak.
- Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati.
- Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima’.
Petua 3:
- Ambil sedikit kacang kulai hitam (biasanya dijual di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat.
- Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima’.
Petua 4:
- Ambil hampedu kambing atau ayam jantan yang baharu disembelih.
- Pecahkan dan lumurkan pada zakar hingga rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum jima’.
Petua 5:
- Ambil kuning telur, bubuh sebuku bawang merah, sebuku bawang putih, campur sedikit air.
- Jerangkan sehingga mendidih.
- Makan di waktu Asar sebelum makan petang.
Petua 6:
- Ambil hempedu ayam jantan.
- Gosokkan disekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum jima’.
Petua 7:
- Ambil bawang merah secawan, sebiji kuning telur, hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut.
- Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani, dengan pekatnya air mani maka akan lebih lewat ia keluar.
Petua 8:
- Ambil limau purut dan lada sulah, pipis halusdan makan semasa mahu berjima’.
Petua 9:
- Makan hati kambing yang di ‘kasi’, ia dikatakan boleh menahan mani.
Petua 10:
- Ambil segengam akar pinang muda (2 tahun ke bawah)
- Rebuskan bersama segengam daun tapak gajah (bentuk seperti tapak gajah dan selalu dijumpai di pinggir hutan) sehingga air tinggal setengah daripada periuk.
- Tapis dengan kain dan embunkan semalaman.
- Sebelum diminum, digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau.
- Amalkan sehari sebelum berjimak.
Petua 11:
- Apabila sahaja rasa air mani itu hendak keluar, tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan apabila ada rasa hendak keluar, tarik lagi nafas.
- Lakukan hingga seterusnya.
- Cara ini anda akan dapat menikmati jima’ yang lebih lama
0 Comments