Petua Halau Lipas Yang Sangat Berguna!


Rumah anda ada lipas? Mungkin ada benda yang menarik lipas untuk tinggal bersama anda. Cuba amalkan petua di bawah untuk halau lipas keluar. Semoga bermanfaat.

  1. Lipas suka sampah terutama yang ada sisa makanan. Buang sampah keluar daripada rumah setiap kali keluar rumah atau sebelum masuk tidur. Jika tidak dapat berbuat demikian, ikat atau tutup bekas sampah di dalam rumah kemas-kemas supaya lipas tidak terhidu.
  2. Ambil sabun mandi jenis buku yang wangi, potong kecil-kecil dan letakkan di kawasan lipas suka bertandang. Lipas tidak suka bau wangi.
  3. Selain sabun boleh gantikan dengan hirisan lemon atau limau nipis. Setelah kering, gantikan dengan yang baru.
  4. Selain itu, untuk bau harum semula jadi yang tidak disukai lipas, campurkan hirisan daun pandan dengan serbuk teh. Letakkan di tempat yang ada lipas.
  5. Untuk menghalang lipas membiak, ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di kawasan yang ada lipas.
  6. Jika rumah anda ada terlalu banyak lipas, boleh halau menggunakan kentang. Ambil beberapa biji kentang, rebus hingga empuk, lenyekkan dan campurkan dengan sedikit serbuk penaik. Bentukkan bulat-bulat seperti ubat gegat dan letakkan di tempat yang banyak lipas.
  7. Untuk membunuh lipas, ambil pangkal atau hujung timun dan letakkan di kawasan yang ada lipas.


Sumber Asal : 101petua
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment