Makan Segenggam Kekacang Sehari Untuk Mencegah Kanser!


Tabiat mengamalkan pengambilan segenggam kekacang dalam menu diet harian berupaya mengurangkan sehingga 15 peratus peluang seseorang itu menghidap kanser.
Pengambilan hanya 20 gram sehari kekacang seperti walnut, badam, hazel, gajus dan pistasio juga sangat bagus kerana boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit koronari jantung dan strok sehingga 30 peratus.
Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Imperial College London, England dalam analisisnya mendapati, kekacang mengandungi kandungan fiber, magnesium dan lemak tidak tepu yang tinggi dan bagus untuk tubuh badan.

“Walaupun kekacang mengandungi lemak yang agak tinggi, namun ia turut kaya dengan sumber fiber dan protein untuk mencegah seseorang daripada mendapat risiko obesiti,” ujar Dr. Dagfinn Aune yang merupakan ketua bagi penyelidikan tersebut.

Katanya lagi, kekacang seperti walnut dan kacang pekan mengandungi antioksida yang tinggi dan boleh mengurangkan kadar tekanan yang dialami oleh seseorang.

Comments