Ramai di antara kita mempunyai salah faham tentang konsep tidur. Orang menyangka tidur secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang bertambah gemuk, walhal ianya tidak.

Tidur adalah proses di mana badan akan rehat (mati seketika) setelah penat melakukan aktiviti harian yang pastinya menjadikan badan kehilangan tenaga optimumnya.

Sebagai seorang manusia normal, tidur bukan sekadar untuk rehatkan badan setelah penat melakukan aktiviti seharian tapi tidur merupakan elemen paling penting membantu kita membakar lemak sedia ada. Anda perlu tahu cara mendapatkan hasil optimum untuk membakar lemak semasa tidur.

Makan Malam Awal
Jika anda makan sebelum tidur, proses pencernaan akan menjadi tidak lengkap dan sistemnya akan menjadi perlahan. Jadi, makin betambah-tambahlah lemuk tepu dalam badan anda nanti. Bahkan, sistem pencernaan anda akan mempunyai masalah nanti. Ia seterusnya bisa menyebabkan sembelit dan keasidan.

Jika hendak elak penyakit ‘singgah’, ada baiknya anda mengambil makan malam lebih awal untuk memastikan sistem pencernaan dapat menyokong sistem penghadaman dan dalam masa yang sama,  kadar metabolisme pula boleh berfungsi dengan baik semasa anda berehat (tidur).

Senaman Ringan Selepas Makan
Salah satu cara yang boleh dibuat adalah cuba berjalan-jalan pada kelajuan perlahan setiap kali selepas makan. Ini sekurang-kurangnya akan membantu fungsi penghadaman menjadi lebih lancar seterusnya berfungsi untuk memastikan metabolisme anda kekal tinggi walaupun ketika sedang lenyak berada dalam lena.

Angkat Berat 
Orang yang mengamalkan latihan angkat berat atau perlu buat kerja mengangkat benda berat, dapat membakar lebih banyak lemak sepanjang hari dan malam. Fizikal menggunakan kekuatan membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak kalori apabila badan berada alam keadaan rehat.

Lebih Sejuk Banyak Kalori Diperlukan
Mekanisme pertahanan semula jadi badan dibina supaya jika anda merasa lebih sejuk, badan akan membelanjakan lebih banyak kalori untuk memanaskan badan. Kalau nak turunkan berat badan, cari kehangatan yang datang dari dalam tubuh, bukan daripada sumber-sumber yang berada di luar seperti menggunakan pemanasan.

Minum Teh Hijau Atau Air Lemon Suam
Minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat melindung tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tahap radikal bebas plumbum metabolisme badan. Kedua-dua minuman tersebut mampu membuatkan badan anda lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.

Tidur Tujuh Atau Lapan Jam
Jangan anda tidak tahu, orang yang kurang mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam akan berisiko mempunyai kadar metabolisme perlahan pada siang hari esoknya bahkan cenderung untuk berat badannya menjadi bertambah. Oleh itu, sila dapatkan tidur yang cukup setiap hari okay? Sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari!

Sumber Asal : Wanista