Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Kebaikan Labu Dalam Diet Turunkan Berat Badan



Dikategorikan dalam keluarga Cucurbitaceace, labu direkodkan para saintis sebagai mampu mengurangi kolesterol dan penurunan berat badan.

Labu memiliki banyak vitamin antioksida seperti vitamin A, C dan E. Selain itu, pohon labu juga menyumbang pelbagai manfaat kesihatan.

Pucuk labu mengandungi protein, karbohidrat, fosfor, kalsium dan zat besi untuk keperluan tubuh.

Amalan memakan labu dapat memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

Labu terutamanya berwarna kuning dipercayai mempunyai zat magnesium tinggi yang dapat menguatkan struktur tulang dan gigi.

Selain dapat mengatasi masalah kulit kusam, labu juga elok bagi orang yang mempunyai masalah rabun malam dan ketidakseimbangan gula dalam darah.

Biji labu juga mampu mengubati masalah pembengkakan sendi dan paru-paru. Malah kandungan galian besi dan magnesium yang terdapat dalam biji labu juga dikatakan sangat penting untuk kesihatan organ peranakan wanita selain kelenjar prostat lelaki.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat labu, namun pengam­bilannya perlu dirujuk kepada pengamal perubatan terlebih bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.

Daripada,
IBRAHIM ISMAIL
Negeri Sembilan

No comments: