Melakukan aktiviti bersenam bagi wanita yang sarat mengandung cenderung untuk mendapat anak yang aktif.

Kajian terkini yang dijalankan oleh penyelidik dari Baylor College of Medicine di Houston, Amerika Syarikat mendapati, perkembangan anak-anak bermula daripada aktiviti harian yang dilakukan oleh ibu mereka.

Menurut kajian tersebut, pada awal peringkat kehamilan, para ibu boleh membuat aktiviti bersenam seperti berjoging sejauh 10 kilometer pada waktu malam.

Bagaimanapun, aktiviti tersebut boleh dikurangkan mengikut peringkat kehamilan seperti berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer.

Keadaan perkembangan kanak-kanak yang aktif juga dipengaruhi oleh faktor genetik daripada ibu, selain faktor persekitaran yang baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.