Resepi Homemade Nutella Yang Superb!


Bahan-bahannya:

  • 150 g hazelnut-panggang dan buang kulitnya kisar hingga jadi seperti peanut butter paste.
  • 1/2 cawan gula ising.
  • 1/2 cawan serbuk koko.
  • sedikit esen vanila.
  • sedikit minyak jagung.
  • 100 g milk chocolate-cairkan.


Cara-caranya :

  1. Cairkan coklat dengan double boiler.
  2. Masukkan gula,koko,kacang hazel dan esen vanila.
  3. Kacau hingga sebati kemudian masukkan minyak jagung dan kacau lagi sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
  4. Masukkan dalam blender dan sambung blend lagi agar dapat smooth paste atau kelikatan yang dikehendaki.
  5. Simpan dalam bekas yang sesuai, boleh di sapu pada roti,biskut lemak atau apa saja yang anda fikir sesuai.

Sumber Asal : PamaPedia



Comments