Buah delima merupakan salah satu buah yang terkenal dengan khasiat yang
sangat baik untuk tubuh kita. Banyak khasiat buah delima terutamanya untuk
ibu mengandung. Antaranya adalah :

Membantu Peredaran Darah.

  • Buah delima mengandungi Phytochemical Compounds yang baik untuk jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi yang merupakan berita baik jika anda berada di peringkat akhir kehamilan atau menghidap darah tinggi ketika hamil.


Kaya Dengan Vitamin C.

  • Buah delima kaya dengan vitamin c. 
  • Apabila hamil badan anda memerlukan banyak vitamin c sewaktu membesarkan anak dalam kandungan. Jadi buah delima adalah pilihan yang baik! 
  • Kajian menunjukkan buah delima memberi kesan positif ke atas kesihatan tulang sesuai untuk tumbesaran bayi.


Kaya Dengan Antioksidan.

  • Buah delima mengandungi lebih banyak antioksidan daripada teh hijau dan anggur.
  • Antioksidan menstabilkan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel tubuh.


Baik Untuk Kulit.

  • Kebanyakkan produk penjagaan kulit mengandungi jus delima. 
  • Khasiat buah delima membantu dalam melembabkan kulit, mengurangkan jerawat dan menggalakkan pertumbuhan semula sel yang sihat.


Merawat Keguguran Rambut

  • Mengambil buah/jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut dan memberikan rambut yang lebih sihat.


Buah atau Jus Delima tidak boleh diambil sekiranya: Selsema, Batuk, Cirit Birit atau penyakit berkaitan.

Buah delima mempunyai anti-oksida yang merendahkan tekanan darah. Sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor tidak boleh mengambil jus/buah delima kerana akan menyebabkan tekanan darah yang sangat rendah.

Buah/jus delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat. Terutamanya ubat kolestrol.

Sumber Asal : PamaPedia