Kawan Makan Kawan.Memilik sahabat sejati tentunya akan membuatkan anda bahagia.Bahkan kehadirannya juga boleh membantu anda ketika susah mahupun senang.

Tetapi untuk memelihara hubungan persahabatan memanglah susah terutama apabila anda mempunyai kawan yang makan kawan.

Tahukah anda apakah sikap yang dikatakan kawan makan kawan.

4 Ciri Kawan Makan Kawan

1. Kawan jenis ini boleh dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri apabila anda berada dalam keadaan senang, kawan jenis ini akan mengekori anda dan keluar dengan anda ke mana sahaja. Bahkan mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk anda. Mungkin sebagai contoh, duit. Kebanyakan di antara kawan makan kawan ini akan berkawan dengan anda kerana duit semata-mata.

2. Kawan jenis ini juga dikategorikan sebagai dengki dengan apa yang anda miliki. Mereka berasa tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka akan bermuka-muka di hadapan anda dan di belakang anda mereka akan mengutuk atau mencaci di luar pengetahuan anda sendiri.

3. Kawan makan kawan suka menghasut. Mereka akan menghasut orang lain untuk membenci anda walaupun anda tidak melakukan kesalahan.

4. Tikam belakang kawan baik sendiri. Ini adalah ciri-ciri kawan makan kawan. Mereka sanggup memburukkan anda atau mungkin kekasih anda sendiri.