Setiap pasangan mempunyai angin pasang surut. Sekejap mereka akan romantik kemudian tidak sampai 5 minit mula berkelahi. Itu adalah lumrah dalam berpasangan untuk kita lebih mengenali dan mendekati pasangan masing-masing. Apa yang pentin perasaan cinta dan kasih tetap sama seperti pandangan pertama cinta berputik.

Apa kata anda merungkaikan lagi perasaan cinta dengan 20 tips yang mungkin berguna untuk mengeratkan lagi @ memujuk pasangan yang sedang memuncung. Selamat mencuba!
  1. Seringkali memberi si dia pujian. Baik tentang bajunya, penampilannya, kelakuannya dan tindakannya.
  2. Sesekali hadiahkan sesuatu yang boleh menyentuh hatinya,seperti bunga mawar dan lagu.
  3. Beri dia kebebasan bergaul dengan teman2 lelaki atau wanita .. tapi harus berpadalah yer.
  4. Hargai privacy pasangan kita.
  5. Jaga penampilan anda. Jangan sampai nampak selekeh, berbau atau tak terurus. Kena maintain cun la.
  6. Hilangkan kebiasaan buruk anda yang sering menbuat bad mood.
  7. Katakan padanya, dia sudah mengubah hidup anda dan membuat hidup anda lebih bermakna.
  8. Sabarlah kalau dia sedang memuji kecantikan perempuan lain atau kekacakan lelaki lain, baik dengan kata2 mahupun lirikan matanya.... tak perlu jeles ahhh ... kan si dia dah jadi milik anda!
  9. Beri perhatian lebih kepadanya. Kalau dia sedang menghadapi masalah, berusaha sedaya mungkin untuk membantu dan memperlihatkan keperihatinan anda.
  10. Cari sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti melihat pementasan teater, memancing atau berjogging.... atau dalam kes saya ... ambik gambar .. yehaaaa~
  11. Pastikan wajah anda sentiasa tersenyum dan lapang ketika bertemu dengannya.
  12. Sesekali, manjakan dia seperti anak kecil. Macam sisir rambutnya, cari uban ke .. picit jerawat ke .. ketip kuku ke .. nampak cam remeh tapi serius .. ini menjadik!
  13. Katakan dengan penuh jujur dan penuh perasaan bahawa dialah satu2nya dalam hidup anda.
  14. Be nice pada semua orang terdekatnya (sahabat,teman sekerja terutama ibunya). Jangan buruk sangka pada orang-orang di sekelilingnya.
  15. Jangan terlalu banyak meminta ... nak itu .... nak ini .. apa lagi dengan nada mengada2.
  16. Pastikan anda tidak terlalu banyak mengkritiknya terutama dihadapan umum. Kalau boleh jangan langsung... tak baik nih.
  17. Berikan sidia kejutan manis seperti makan malam berdua, jambangan bunga yang dihantar terus ke pejabat atau serangkap puisi yang meruntum jiwa.
  18. Kalau anda inginkan sidia setia kepada anda, lakukan hal yang sama kepadanya.
  19. Ambil berat dalam apa perkara sekalipun yang berkaitan dirinya. Dari soal makan minatnya, warna kegemarannya dan sebagainya.
  20. Jadilah pendengar yang baik dan peruntukkan masa untuk bertukar2 pendapat. Ambik masa time makan ke .. time nak tidur ke .. atau time santai sambil tonton tv yang citernya tak best. 

Sumber Asal : HasrulHassan