Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lagi. Ia merupakan luahan kemarahan kanak-kanakdan kadang kala bercambur dengan rasa takut. Selalu berlaku pada kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.
Tanda dan gejala panas baran : (Tindakbalas)
- Menangis
- Menjerit
- Menendang
- Menghentak
- Menahan nafas
- Melontar benda atau barang
Apakah yang menyebabkan panas baran berlaku ?
- Berasa letih, lapar atau tidak selesa
- Tidak mendapat apa yang dikehendaki
- Untuk mendapat perhatian
Bagaimana panas baran dapat ditangani ?
- Elakkan berada dalam keadaan yang menjurus ke arah panas baran tersebut jika boleh. Contoh : jauhkan daripada objek yang kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian kanak-kanak itu jika perlu.
- Perlu diingat, terutama kepada kanak-kanak, layanan negatif (contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibu bapa) adalah lebih baik daripada tidak mendapat layanan.
- Memberi penghargaan pada kelakuan yang baik adalah lebih elok daripada melayan kanak-kanak ketika dia baran.
- Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika kita sendiri berada dalam keadaan tidak tenang.
- Perlu bersikap tegas.
- Cari penyebab berlakunya baran tersebut dan cuba selesaikan secara beransur – ansur.
- Jika kanak-kanak itu mendapat baran disebabkan dia ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan dan jangan layan kehendaknya tetapi perlu diawasi supaya dia berada dalam keadaan selamat.
- Masa rehat (Time out )
Apa boleh dibuat jika panas baran masih menjadi-jadi ??
Jika panas baran menjadi lebih buruk, time out (masa rehat) sangat sesuai kepada kanak – kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun.
Pindahkan kanak-kanak itu dari tempat yang menjadikan dia baran dan letakkan dia di satu sudut di atas kerusi dalam jangka masa tertentu, beri dia masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk setiap tahun umurnya.
Lakukan begitu sehingga dia dapat mengawal baran dan dapat tenangkan perasaannya. Beritahu dia kenapa dia perlu berbuat demikian.
Bila kanak-kanak itu sudah selesai di beri masa rehat, jangan marah dia lagi, beri pujian kepadanya kerana ianya dapat menenangkan diri dan dapat mengawal dirinya sendiri.
Sumber Asal : PamaPedia
0 Comments