Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Aktiviti Joging & Berbasikal Mampu Cegah Kanser !


Kajian terbaharu mendapati, sebanyak 13 jenis kanser dapat dicegah menerusi aktiviti berbasikal dan berlari anak. Bagaimanapun, gaya hidup sihat itu perlu diimbangi dengan indeks jisim tubuh (BMI) tidak melebihi 23, selain berhenti merokok dan menjauhi minuman keras.

Aktiviti fizikal itu dipercayai dapat merendahkan risiko menghidap barah esofagus sehingga 42 peratus, hati (27 peratus), paru-paru (26 peratus), ginjal (23 peratus), rahim (21 peratus), myeloid leukemia (20 peratus), myeloma (kanser sel darah putih) (17 peratus), kanser kolon (16 peratus), kepala dan leher (15 peratus), rektum (13 peratus), pundi kencing (13 peratus) serta payudara (10 peratus).

Hasil kajian itu berdasarkan data yang dikumpul daripada 12 penyelidikan lain di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah selama 17 tahun bermula dari 1987 hingga 2004. Data berkenaan kemudian dibandingkan dengan tahap aktiviti fizikal dan 26 jenis kanser berlainan.

Menurut salah seorang penyelidik dari Institut Kanser Kebangsaan di Maryland, AS, Dr. Steven Moore, penyelidikan terdahulu menunjukkan hanya dengan melakukan aktiviti fizikal sederhana selama dua hingga lima jam seminggu dapat menurunkan keradangan dalam tubuh yang dipercayai menyumbang kepada penyakit berkenaan.

“Penemuan ini menyokong idea bahawa aktiviti fizikal seperti berbasikal bertindak sebagai kunci pencegahan kanser dan pengawalan pada peringkat awal agar jumlah penghidap tidak bertambah,” jelasnya. Kajian itu diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete