Kebaikan Lengkuas Dan Petua Kesihatan Dari Lengkuas


Lengkuas merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan, dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara.

Nama saintifiknya Alpinia galanga daripada famili Zingiberaceae. Pokok lengkuas tidak asing bagi masyarakat dan sering ditanam di belakang rumah dalam konsep parak (home garden). Rumpun dan bunganya yang menarik kini mula ditanam sebagai tanaman hiasan di sekitar taman persendirian.

Rizom lengkuas sering digunakan sebagai penyedap rasa dalam pelbagai resipi masakan tradisional   terutama rendang daging dan kari. Rizom ini juga digunakan dalam ramuan sambal seperti sambal daging, ikan kering dan sos. Selain penyedap rasa, rizom ini dapat menghilangkan bau hanyir daging atau ikan.
Bunganya juga dibuat ulam atau dijadikan penyedap rasa dalam kerabu sayuran. 
Rizom dan daunnya juga digunakan sebagai ramuan dalam mandi daun selepas bersalin. 
Rizomnya ditumbuk dan disental di seluruh badan bagi mengawal jangkitan penyakit kulit seperti kurap dan panau. 
Rizomnya dikatakan dapat mengubati sakit perut dan dapat mengeluarkan angin serta gas dalam usus perut. 
Rizom juga dijadikan ramuan mandi selepas bersalin. 
Lengkuas biasanya digunakan dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Dalam bidang perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan agen antibakteria.

Petua lengkuas dalam kesihatan:

Menghilangkan panau -

  1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. 
  2. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. 
  3. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. 


Menghilangkan panau -

  1. Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau.
  2. Lakukan beberapa kali. 
  3. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas. 


Menghilangkan selesema bayi -

  1. Ambil 2 ulas bawang merah, sepotong lengkuas (agak-agak sama banyak dengan bawang merah) dan minyak masak. 
  2. Tumbuk lumat bawang merah dan lengkuas kemudian campurkan dengan minyak masak. 
  3. Selepas itu bolehlah di letakkan di ubun-ubun anak. 
  4. Minyak masak mengelakkan kulit anak mengelupas sekiranya air daripada campuran tersebut terkena kulit bayi. 

Comments