Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba. Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Dibungkus seperti sayuran dan tak sesuai diletakkan dalam plastik.

Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan. Akhir-akhir ini pokok kantan mendapat sambutan dalam pilihan tanaman landskap selain dari menjadi perencah masakan tradisional, bunganya juga popular dijadikan seni susunan bunga (Ikebana).Bunganya sangat cantik berwarna merah jambu kemerahan lebih cantik bila bunganya mekar.

Selain daripada digunakan dalam masakan ia juga mempunyai bahagian-bahagian yang berguna. Contohnya:
Batang

  • Mengubati penyakit bengkak-bengkak 

Buah

  • Menambah selera makan, mengurangkan rasa kurang bermaya dan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak. 

Ubi

  • Perisa dalam makanan

Bunga

  • Bahan gubahan jambak-jambak bunga 

Biji

  • Mengubati sakit telinga 

Petua daripada bunga kantan seperti :

Mengilangkan bau badan

  1. Ambil beberapa batang pokok kantan segar, potong batangnya pendek-pendek 
  2. Tumbuk hingga lumat.  
  3. Rebus hingga mendidih dan biarkannya sejuk.  
  4. Air rebusan tersebut bolehlah digunakan untuk mandi.  
  5. Ia akan dapat menghilangkan bau badan yang kurang enak. 

Awet muda

  1. Dengan memakan bunga kantan akan membuatkan kita akan awet muda. 

Sakit telinga

  1. Rebus buah kantan selama beberapa minit. 
  2. Selepas airnya disejukkan, titikkan air tersebut ke dalam telinga. 
  3. Dikatakan jika diamalkan selalu, bukan sahaja setakat melegakan kesakitan akibat bengkak, malah mampu mengatasi masalah telinga berair. 

Menguatkan Tenaga Batin Lelaki 

  1. Rebus buahnya yang masak dan minum air rebusan
  2. Pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain. 

Luka dibadan 

  1. Anda bolehlah merebus daun kantan. 
  2. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.