Asam Jawa @ Buah Celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Kini asam jawa telah tersebar luas ke serata dunia dan termasuklah yang ada di Malaysia. Ia juga boleh menjadi pokok hiasan selain ditanam sebagai pokok tanaman.

Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.

Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.

Petua Perubatan Yang Menggunakan Asam Jawa :

DEMAM PANAS ANAK

  1. Ambil segenggam asam jawa 
  2. Kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. 
  3. Air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi . 


SAKIT PERUT

  1. Ambil segenggam asam jawa kemudiannya diramas dan disapukan air tersebut pada perut
  2. Kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. 
  3. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. 


SAKIT ASMA

  1. Rebus dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga mendidih 
  2. Kemudian tapiskan air tersebut. 
  3. Minum air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari. 


BATUK/PERIT TEKAK

  1. Ambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. 
  2. Kemudian ditapis, minum seperti biasa. 


LUKA/BISUL 

  1. Ambil daun muda asam jawa 
  2. Kemudian tumbuk lumat 
  3. Tampal pada luka dan bisul. 


ALERGI/BIDUREN

  1. Ambil 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Campur semua bahan tersebut 
  2. Rebus bersama 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. 
  3. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang. 


BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH

  1. Ambil 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih. 
  2. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. 
  3. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. 
  4. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.