Menyesuaikan diri dengan ‘orang baru’ di dalam perut, memang mengujakan. Namun, ada juga wanita yang sering mengalami atau pernah keguguran semasa hamil. Di sini terdapat 7 petua ringkas untuk panduan bersama.

REHAT
Semasa hamil, rehat sangat diperlukan terutama ketika trimester pertama. Elakkan aktiviti lasak yang memerlukan tenaga dan pergerakkan yang banyak kerana pada fasa ini, janin baru membentuk.

ELAK PERJALANAN JAUH
Jika anda seorang yang suka travel, tahanlah diri anda seketika. Terutama ketika baru lepas keguguran. Sepanjang tempoh berpantang ini, pastikan anda rehat dengan cukup bagi membantu luka dalaman dan rahim kembali kukuh.

ELAK HUBUNGAN INTIM
Dalam fasa trimester pertama, elakkan air mani suami di dalam faraj anda. Dengan erti kata lain, elakkan hubungan kelamin semasa tempoh ini. Sememangnya ia memerlukan komitmen dan kesabaran.

JANGAN ANGKAT BARANG YANG BERAT
Mengangkat barang yang berat akan memberikan tekanan kepada rahim. Elakkan memberi tekanan kepada rahim anda. Minta tolong suami atau orang sekeliling anda.

AMALAN SURAH PILIHAN dan ZIKIR
Sentiasa mengamalkan surah Al-Hijr, ayat 97,98 dan 99 sambil mengusap perut anda. Zikrullah juga menjadikan minda dan hati menjadi tenang.

AMALKAN MAKANAN KUATKAN RAHIM
Antara makanan pilihan untuk menguatkan rahim ialah kurma, madu, protein, jus delima dan Habbatussauda

SUPLEMEN
Amalkan pengambilan suplemen dalam tempoh kehamilan atau selepas keguguran untuk menguatkan rahim. Energizing Soy Protein membantu mengelakkan keguguran kerap kali selain bantu membentuk janin yang sempurna dan sihat bersama asid Folic.
Bagi yang mengalami keguguran, amalkan GLA COMPLEX untuk meningkatkan kesuburan,stabilkan hormon dan bantu elak masalah kromosom.

Sumber Asal : NurSuzilla